Harian Metro

Marah sampai baling mercun

- Oleh Harun Yahya am@hmetro.com.my

 Remaja berselisih faham dengan wanita di rumah sewa

Hanya kerana tidak berpuas hati dengan penyewa rumah yang lain, dua remaja tidak berfikir panjang apabila meletupkan mercun sehingga merosakkan rumah sewa mereka di Jalan Bukit Assek di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, letupan mercun angkara dua remaja perempuan berusia 15 dan 17 tahun itu menyebabka­n kerosakan pada dua pintu, dua tingkap dan siling rumah dua tingkat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zailanni Amit berkata, kejadian berpunca akibat perselisih­an faham antara kedua-dua remaja remaja terbabit dengan seorang penyewa wanita berusia 25 tahun di rumah berkenaan.

Tanpa memikirkan kesan daripada perbuatan mereka, kedua-dua remaja itu membaling mercun di luar rumah sewa itu dengan niat menakut-nakutkan mangsa.

“Impak letupan itu cukup kuat sehingga menyebabka­n kerosakan pada dua pintu serta dua tingkap di tingkat atas dan bawah rumah itu, malah siling di dalam bilik juga pecah.

“Mercun yang digunakan bukan mercun kelapa dan siasatan lanjut masih dijalankan. Tiada kemalangan jiwa akibat insiden itu,” katanya.

Zailanni berkata, empat individu yang berusia 15 sehingga 36 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Siasatan lanjut membolehka­n dua remaja itu direman sehingga Selasa depan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang setahun atau denda, atau kedua-duanya sekali,” katanya.

 ??  ?? PINTU hadapan rumah rosak akibat letupan kuat. KEADAAN siling rumah yang pecah akibat letupan dipercayai mercun.
PINTU hadapan rumah rosak akibat letupan kuat. KEADAAN siling rumah yang pecah akibat letupan dipercayai mercun.
 ??  ?? WILIS
WILIS
 ??  ?? SALAMINAH
SALAMINAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia