Harian Metro

Ditahan miliki barang polis, dadah

-

Pembantu kedai runcit yang ditahan bukan saja ditemui bersama dadah syabu dan ganja, malah peralatan milik polis dalam kejadian di Jalan Sepanggar berhampira­n Kampung Lokub, Manggatal, dekat sini, awal pagi, semalam.

Suspek lelaki berusia 40 tahun ditahan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, jam 2.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, dua anggota polis dari Unit MPV menjalanka­n rondaan di Jalan Sepanggar, dekat sini, lalu terserempa­k dengan kereta Perodua

Viva dalam keadaan mencurigak­an.

“Anggota polis kemudian menghampir­i kereta berkenaan dan mengarahka­n pemandu berhenti untuk pemeriksaa­n.

“Kereta itu berhenti dan tiba-tiba dua lelaki di dalam kereta itu melarikan diri menyeberan­g jalan ke arah kedai Sulaman Central dan menghilang­kan diri.

“Bagaimanap­un, anggota polis berjaya memberkas pemandu kereta terbabit daripada melarikan diri,” katanya ketika dihubungi.

Chandra berkata, hasil pemeriksaa­n di dalam beg sandang dipakai lelaki terbabit menemui logo besi polis, gari dan kunci gari dipercayai untuk aktiviti penyamaran sebagai anggota polis bagi melakukan jenayah.

“Polis turut menemui kertas yang berisi ganja seberat 4.82 gram.

“Suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Manggatal untuk pemeriksaa­n lanjut dan menemui satu lagi peket plastik berisi syabu seberat 0.22 gram yang disembunyi­kan di dalam kasut suspek,” katanya.

 ??  ?? BARANG yang dirampas hasil penahanan suspek oleh polis daripada Unit MPV IPD Kota Kinabalu di Jalan Sepanggar, Kota Kinabalu.
BARANG yang dirampas hasil penahanan suspek oleh polis daripada Unit MPV IPD Kota Kinabalu di Jalan Sepanggar, Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia