Harian Metro

Ditelan ombak

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

 Remaja hanyut bot karam ketika memancing

Perjalanan pulang dua sekeluarga yang baru selesai menangkap ketam di kawasan laut berdekatan Kampung Sempadi, di sini, membawa khabar duka apabila seorang daripada mereka hilang ditelan ombak besar, petang kelmarin.

Mohd Azimudin Alwi, 15, masih hilang selepas bot kecil yang dinaiki bersama bapa saudaranya Herman Dandan, 36, dilambung ombak besar jam 12 tengah hari.

Ketika kejadian, angin kuat menyebabka­n bot dinaiki mereka karam, namun Herman berjaya berenang ke Pulau Satang Besar yang terletak 3.2 kilometer dari lokasi kejadian dengan berpaut pada barangan menangkap ketam.

Namun, nasib Mohd Azimudin belum diketahui selepas dia hilang dalam gelombang ombak dan gagal berenang ke pantai.

Ketua Operasi Penolong Penguasa Bomba Mohamad Adha Md Nazir berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Balai Polis Lundu berhubung kejadian itu pada jam 6.10 petang sebelum sepasukan pegawai dan anggota bergegas ke lokasi.

Mangsa yang selamat ditemui bot pukat tunda yang kebetulan melintasi pulau berkenaan jam 4 petang sebelum anak kapal menyelamat­kannya.

“Ketika kejadian mangsa memaklumka­n keadaan laut bergelora dengan angin serta ombak yang kuat menyebabka­n bot yang dinaiki bersama anak saudaranya karam.

“Operasi mengesan seorang lagi mangsa yang masih hilang giat dijalankan dengan bantuan daripada Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM), polis dan penduduk kampung,” katanya ketika dihubungi.

Mohamad Adha berkata, tiada sebarang petunjuk positif yang diperoleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) setakat ini dan radius pencarian diperluask­an pada jarak lapan kilometer.

Penduduk kampung khususnya nelayan dinasihatk­an supaya lebih berhati-hati dengan keadaan cuaca dan tidak meneruskan sebarang aktiviti di laut sekiranya angin kencang dan ombak tinggi.

 ??  ?? AHLI keluarga mangsa dan penduduk kampung berada di jeti berhampira­n Kampung Sempadi untuk mendapatka­n maklumat lanjut.
AHLI keluarga mangsa dan penduduk kampung berada di jeti berhampira­n Kampung Sempadi untuk mendapatka­n maklumat lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia