Harian Metro

Mujur sempat elak

- Mohd Ruzaini Zulkepli hmkk@hmetro.com.my

 Penjawat awam hampir maut dihempap pokok tumbang

Penjawat awam bernasib baik selepas kenderaan dipandunya nyaris dihempap pokok yang tiba-tiba tumbang di hadapannya di Jalan Kota Belud-Kota Marudu, berhampira­n Kampung Mangaris, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari, mangsa lelaki berusia 43 tahun itu dikatakan dalam perjalanan dari Kota Marudu ke Kota Kinabalu dengan memandu kenderaan pacuan empat roda Isuzu D Max.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kudat Norman Bigol berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, tiba-tiba pokok setinggi lebih lima meter itu tumbang di hadapan kenderaan mangsa dan menghalang laluan berkenaan.

“Mangsa sempat menekan brek, namun pacuan empat rodanya sedikit terbabas ke bahu jalan.

“Sebaik memeriksa keadaan sekeliling, lelaki itu menghubung­i talian kecemasan 999 untuk meminta bantuan kerana khuatir keselamata­n pengguna jalan raya yang lain,” katanya, di sini, semalam.

Beliau berkata, APM Kota Marudu menerima panggilan pada jam 12.45 tengah hari sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian untuk bantuan kecemasan.

“Sebuah jentera dengan tiga anggota dikejarkan ke Jalan Kota Belud-Kota Marudu untuk operasi berkenaan.

“Berdasarka­n maklumat awal, kejadian ini membabitka­n sebatang pokok yang tumbang di laluan berkenaan dan menghalang jalan di lokasi itu,” katanya.

Menurut Norman, pihaknya yang tiba di lokasi pada jam 2 petang itu kemudian memotong dan menyelengg­ara pokok tumbang dalam tempoh 30 minit sebelum laluan terbabit dibuka semula kepada pengguna jalan raya yang lain.

“Tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku sepanjang operasi itu. Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.30 petang,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA APM membersihk­an lalauan selepas pokok tumbang di Jalan Kota
Belud-Kota Marudu, berhampira­n Kampung Mangaris, Kota Marudu.
ANGGOTA APM membersihk­an lalauan selepas pokok tumbang di Jalan Kota Belud-Kota Marudu, berhampira­n Kampung Mangaris, Kota Marudu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia