Harian Metro

Lima kes pokok tumbang akibat ribut

-

Kota Belud: Hujan lebat dan angin kencang menyebabka­n lima kejadian pokok tumbang di daerah ini dan Tuaran, kelmarin, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Kejadian antara jam 12.30 tengah hari sehingga jam 5 petang itu turut menyebabka­n kesesakan jalan sebelum pokok berkenaan dipotong dan dibersihka­n oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tuaran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud Rozlan Osman berkata, tiga kejadian pokok tumbang melintang jalan dilaporkan di Kampung Menunggui, Kampung Menggaris dan Kampung Tombol di Kota Belud.

“Sebaik menerima panggilan, pasukan bomba bergegas ke lokasi untuk menjalanka­n operasi pemotongan dan pengalihan sisa pokok berkenaan.

“Kejadian itu menyebabka­n berlaku kesesakan lebih sejam sementara menunggu kerja pembersiha­n dijalankan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, hujan sehingga malam kelmarin, merisaukan pengguna jalan raya kerana kebanyakan laluan di sini dikeliling­i pokok bersaiz besar.

“Pengguna disarankan memandu dengan lebih berhati-hati dan menghubung­i balai bomba sekiranya berlaku insiden seperti ini,” katanya.

Sementara itu, kejadian itu turut menyebabka­n dua pokok tumbang di Jalan Kiulu-Tamparuli, berhampira­n Kampung Kionsom dan Kampung Rangalau Baru, Kiulu.

 ??  ?? ANGGOTA bomba memotong pokok tumbang di daerah Kota Belud.
ANGGOTA bomba memotong pokok tumbang di daerah Kota Belud.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia