Harian Metro

Ajar guna pemadam api

-

Sibu: Seramai 53 pelajar Akademi Tahfiz Darul Huffaz An Nur Sibu, di sini, didedahkan dengan penggunaan alat pemadam api melalui latihan kebakaran dianjurkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, semalam.

Dalam latihan kebakaran itu, JBPM Zon Sibu turut mengambil langkah melakukan pemeriksaa­n pendawaian elektrik dan bangunan bagi memastikan akademi tahfiz itu mematuhi ciri keselamata­n ditetapkan.

Pengurus Akademi Tahfiz Darul Huffaz An Nur Sibu Mohd Helmi Abu Bakar berkata, objektif utama program itu memberikan kesedaran dan pembelajar­an kepada pelajar serta tenaga pengajar.

“Kami mahu mendedahka­n mereka cara menggunaka­n alat pemadam api dan

memadam api jika berlaku kebakaran kecil sebelum ia merebak lebih teruk.

“JBPM Zon Sibu memberi saranan untuk kami menambah baik aspek keselamata­n dengan memasang tangga di bahagian belakang akademi dan mengubah susun atur katil asrama pelajar,” katanya.

Latihan kebakaran yang dijalankan JBPM Zon Sibu dijayakan dengan komitmen Komuniti 1Malaysia Nangka.

Akademi tahfiz itu menggunaka­n rumah dua tingkat dekat Jalan Kuda, di sini, untuk operasi mereka membabitka­n 53 pelajar dengan 10 daripadany­a belajar sepenuh masa.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II Mijan Pamin dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu berkata, selain mengajar cara menggunaka­n alat pemadam api, pihaknya juga mengadakan sesi ceramah pencegahan kebakaran kepada pelajar di akademi tahfiz berkenaan.

 ??  ?? SEORANG pelajar tahfiz memadamkan api seperti yang diajar pihak bomba.
SEORANG pelajar tahfiz memadamkan api seperti yang diajar pihak bomba.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia