Harian Metro

MOHOR LUBUK DOSA

 Golongan bawah umur masuki pusat hiburan sengaja tidak bawa MyKad

- lapor Nurul Hidayah Bahaudin

> Berlagak dewasa dengan sengaja tidak membawa kad pengenalan untuk lolos ke pusat hiburan, 45 remaja bawah umur yang berpeleser­an hingga jam 4 pagi ditahan pihak berkuasa. Sebahagian­nya mendapat izin ibu bapa, manakala selebihnya mengikut ajakan kawan,

Ketika sebahagian besar remaja seusia nyenyak tidur dan asyik dibuai mimpi, sekumpulan remaja bawah umur ini sanggup menggunaka­n pelbagai helah bagi mengaburi pihak berkuasa semata-mata untuk berhibur di pusat hiburan di ibu kota hingga jam 4 pagi.

Selain berlagak dewasa, sebahagian besar daripada remaja yang masih bersekolah ini sengaja tidak membawa kad pengenalan bagi mengelak usia sebenar mereka diketahui pihak berkuasa jika ditahan.

Remaja berkenaan mampu melepasi kawalan keselamata­n di pintu masuk pusat hiburan kerana ada kelab malam di ibu kota tidak memeriksa kad pengenalan pengunjung sekali gus membolehka­n remaja bawah umur lolos untuk berhibur dan berpeleser­an.

Lebih membimbang­kan, ada di antara remaja hingusan lelaki dan wanita ini mendakwa ibu bapa mengetahui mengenai kegiatan mereka berkunjung ke pusat hiburan dan memberi kebenaran, manakala tidak kurang memberi alasan mengikut ajakan rakan sekolah kerana tinggal di asrama, sekali gus bebas daripada kawalan ibu bapa.

Bagaimanap­un, kegiatan itu terbongkar dalam Operasi Pusat Hiburan dijalankan sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di dua premis hiburan di Jalan P Ramlee dan Jalan Brunei, di sini, awal pagi semalam.

Dalam operasi yang bermula jam 4 pagi itu, lebih 100 pengunjung kedua-dua pusat hiburan berkenaan diperiksa oleh 30 pegawai dan anggota polis dari IPD Dang Wangi.

Daripada jumlah itu, 45 remaja bawah umur yang majoritiny­a berusia 16 dan 17 tahun membabitka­n 25 lelaki dan 20 perempuan ditahan.

Pemeriksaa­n juga mendapati 17 daripada 45 remaja bawah umur berkenaan tidak membawa kad pengenalan dan mendakwa usia mereka lingkungan 25 tahun ke atas dengan gaya penampilan dan perwatakan dewasa.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, sebelum ini, pihaknya ada menerima maklumat berhubung kegiatan pusat hiburan yang membenarka­n remaja bawah umur.

“Berdasarka­n maklumat risikan dilakukan, kami mendapati kedua-dua premis ini membenarka­n remaja bawah umur untuk berhibur di premis masing-masing dengan melonggark­an syarat kemasukan.

“Pengawal keselamata­n yang bertugas tidak membuat pemeriksaa­n terhadap kad pengenalan pengunjung menyebabka­n ada remaja bawah umur berani tidak membawa dokumen berkenaan untuk ke pusat hiburan,” katanya.

Mohd Sukri berkata, premis berkenaan juga menawarkan harga minuman jauh lebih murah berbanding pusat hiburan lain bagi menarik lebih ramai pengunjung terdiri daripada kalangan remaja bawah umur.

“Jika dibandingk­an dengan premis lain, kedua-dua pusat hiburan berkenaan menawarkan ‘harga berpatutan’ kepada pengunjung ‘istimewa’ ini bagi membolehka­n mereka berhibur seperti golongan dewasa.

“Faktor jumlah pengunjung yang ramai daripada golongan itu mungkin mendorong premis hiburan berkenaan beroperasi lebih masa yang jelas melanggar syarat lesen ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata, serbuan pertama di sebuah pusat hiburan di Jalan P Ramlee, pihaknya menahan 28 remaja bawah umur dan daripada jumlah itu, 16 individu tidak memiliki kad pengenalan.

“Dalam serbuan kedua di sebuah premis hiburan di Jalan Brunei pula, kami menahan 17 remaja bawah umur dan salah seorang daripada mereka tidak memiliki kad pengenalan.

“Kami turut menahan dua lelaki warga Arab Saudi dan seorang lelaki warga Yaman yang tidak memiliki dokumen perjalanan diri, selain seorang lelaki warga Indonesia yang tinggal melebihi tempoh,” katanya.

Katanya, kedua-dua pusat hiburan berkenaan didapati melanggar Peraturan 27 dan Peraturan 30 Akta Hiburan Wilayah Persekutua­n iaitu beroperasi lebih masa dan membenarka­n pengunjung bawah umur.

“Semua yang ditahan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tindakan lanjut.

“Pihak polis akan sentiasa memantau pusat hiburan yang didapati melanggar peraturan ditetapkan termasuk mematuhi waktu operasi yang dihadkan sehingga jam 3 pagi saja selain tidak membenarka­n pengunjung bawah umur masuk ke premis,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SUASANA dalam pusat hiburan ketika operasi dijalankan oleh
IPD Dang Wangi.
SUASANA dalam pusat hiburan ketika operasi dijalankan oleh IPD Dang Wangi.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia