Harian Metro

TONY PILIH GADIS KOREA

 Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia kahwini wanita Korea di Perancis

-

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes dilaporkan berkahwin dengan seorang wanita berasal dari Korea Selatan yang dikenali sebagai Chloe.

Majlis perkahwina­n berlangsun­g di Cote d’Azur, Perancis dengan dihadiri oleh keluarga dan teman rapat seperti yang dilaporkan New Straits Times.

Menerusi gambar yang tersebar di media sosial, Fernandes kelihatan segak dengan sut gelap manakala Chloe memakai gaun labuh berwarna putih.

Pasangan itu dikatakan mengenali antara satu sama lain selama lebih dua tahun sebelum disatukan dipercayai kelmarin.

Tidak banyak maklumat mengenai Chloe, yang usianya sekitar 20-an, tetapi dikatakan sangat disenangi dan mudah disukai.

Nama keluargany­a juga tidak didedahkan, hanya diketahui ahli keluarga dan teman rapatnya.

Antara tetamu kenamaan yang hadir pada majlis resepsi berkenaan ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun, Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak dan bekas Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz.

Di media sosial pemilik AirAsia itu dihujani ucapan tahniah buat Tony dan pasangan.

Cubaan Harian Metro menghubung­i Tony melalui panggilan dan WhatsApp bagaimanap­un gagal.

FAKTA Pasangan dikatakan kenal antara satu sama lain selama dua tahun

 ??  ??
 ??  ?? TONY berkahwin dengan teman wanitanya berasal dari Korea bernama Chloe.
TONY berkahwin dengan teman wanitanya berasal dari Korea bernama Chloe.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia