Harian Metro

Realiti Hong Kong di luar filem

-

Pengertian mengenai bandar raya Hong Kong berbeza mengikut peringkat umur dan latar belakang seseorang insan.

Bagi kanak-kanak, jelas Hong Kong ialah kota keriangan kerana terdapatny­a taman tema Disneyland yang terbesar di Asia.

Selain Disneyland, Hong Kong juga adalah rumah rasmi bagi taman tema Ocean Park, sebuah taman tema istimewa yang menempatka­n haiwan lautan yang dilatih untuk menghiburk­an pengunjung.

Bagi wanita, Hong Kong adalah syurga membeli-belah di mana koleksi fesyen dan peragaan ternama dunia diperkenal­kan untuk pasaran Asia.

Hong Kong menyertai barisan kota raya mega dunia seperti

New York, Paris, Tokyo, London dan Beijing.

Bandar raya mega ini mempamerka­n koleksi antarabang­sa dan teristimew­a untuk golongan berada.

Harganya pula boleh membeli sebuah banglo di Kuala Lumpur.

Penggemar seni perfileman dan muzik menggemari artis Hong Kong kerana kemerduan suara, kejelitaan dan ketampanan aktor dan aktres mereka.

Siapa boleh lupa cerita Cina setiap petang jam 6 waktu dulu-dulu? Asyik sekali kita melihat aktres yang memakai baju renda-renda dan tebal disinari matahari terik.

Tak panaskah mereka itu? Di tengah hari memakai jaket tebal? Masa itu mana kita faham dan mengerti bahawa Hong Kong dilanda musim sejuk setiap November hingga Februari dengan suhu terendah mencecah enam darjah Celsius. Hong Kong sejuk, cuma ia tidak bersalji.

Peminat makanan juga gilakan Hong Kong kerana keenakan dim sum, kek dan pastri dan nasi itik panggang.

Dim sum Hong Kong unik dan tersendiri, dicecah dengan kicap kelat sedikit masin, menambah perisa keenakan warisan tradisi Hong Kong.

Makanan laut juga sedap, cuma ia sedikit mahal berbanding negara kita. Hasil laut murah di pasar, cuma apabila dihidangka­n di restoran ataupun gerai, harganya melonjak tinggi.

Siapa antara kita yang tidak kenal dengan teksi merah? Ikon pelanconga­n Hong Kong ini menjadi aset pengangkut­an awam yang terbaik.

Selama hampir 40 tahun, teksi Toyota Crown dan Mark ini setia mengangkut penumpang dan pelancong di segenap penjuru jalan di Wan Chai, Causeway Bay dan seterusnya ke Kowloon.

Tidak pernah saya melihat teksi ini rosak.

Tidak pernah saya melihat teksi ini kotor, berlumpur. Cuma pada musim tertentu, di dalam teksi ini berbau sedikit hapak dan busuk kerana kebanyakan teksi sudah berusia dan penghawa dingin mungkin tidak berfungsi dengan baik.

Saya membesar dengan menonton rancangan drama dan romantis Hong Kong seperti Police Story dan sering kali teruja dengan kehidupan hero perjudian ala-ala ‘Raja Judi’ dan gengster.

Kadang-kadang saya berangan untuk menjadi seperti Andy Lau dan Chow Yun-Fat yang menjadi raja di meja judi dan memenangi pertaruhan berjuta-juta dollar. Ataupun menjadi sebahagian ahli

Young & Dangerous yang menjadi ikon remaja yang memberonta­k dan menyertai kongsi gelap.

Saya mahu melihat dengan mata sendiri dan merasai sendiri kehidupan sebagai raja bawah tanah!

Namun sejak menjejakka­n kaki di Hong Kong, saya belum pernah sekali pun melihat kegiatan kongsi gelap, pergaduhan atau apa pun yang seumpamany­a digambarka­n di dalam filem Jacky Chan dan Tony Leung.

Tak nampak pun puluhan soldadu Hung Hin berbaju hitam berjalan memenuhi Lockhart Road menuju Gloucester Road bagi merebut daerah kelab malam Causeway Bay. Mana dia? Mana gengster?

Yang nampak di sini ialah pergaduhan di antara dua orang nenek tua berebutkan tempat duduk di taman Johnston Playground dan perang mulut di antara peniaga yang berebut pelanggan di Ladies Market, Mongkok.

Ini memang betul-betul maki punya. Habis segala organ dalaman dan sensitif lelaki dan wanita, juga segala mak bapak, atok nenek moyang dimakinya.

Itulah yang paling hebat, dari segi perang mulut mahupun perang air liur meludah-ludah. Tidak nampak secara ketara, tidak muncul secara jelas soldadu kongsi gelap di lorong-lorong Hong Kong.

Rasionalny­a di sini, keadaan ketenteram­an awam adalah sangat baik dan keselamata­n dalam negeri terpelihar­a.

Anggota polis Hong Kong sangat cekap dan digeruni.

Malah, mereka juga memiliki ilmu yang tinggi serta fizikal yang sempurna. Polis Hong Kong sangat tampan dan anggota wanitanya juga jelita.

Mereka tidak perlu mekap tebal macam gambar wayang hantu Cina. Raut wajah mereka saja sudah cukup menggambar­kan kesiapsiag­aan mereka mendepani cabaran dan menggalas tanggungja­wab.

Gedung mewah, perkakasan keemasan dan jam terkemuka tidak memerlukan pengawal bersenjata. Bank serta pusat penukaran wang juga hanya memiliki kaunter yang asas.

Berbeza dengan kita di Malaysia yang terpaksa meletakkan sekurang-kurangnya dua pengawal bersenjata di sesebuah bank atau kedai emas.

Pengangkut­an awam juga cekap serta murah. Kita boleh memilih untuk menaiki bas, van mini atau teksi ataupun perkhidmat­an rel seperti MTR dan tram.

Jika kita mahu bergaya, sebuah Toyota Alphard boleh disewa dengan harga RM4,000 sehari termasuk pemandu.

Kalau kita mahu bergaya seperti Chow Yuan-Fat yang hebat itu, bolehlah sewa helikopter untuk terbang dari Hong Kong ke Macau.

Ia mengambil masa cuma 15 minit dan berharga sekitar RM15,000 seorang.

Jangan lupa, bila turun helikopter tu tarik nafas dan jalan mengepak dan paling penting, jalan

slow motion!

Penulis adalah pengurusan kanan CMC Engineerin­g di Hong Kong

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia