Harian Metro

‘NARA MINTA MAAF’

> “Dengan rendah hati dan kekesalan, Nara memohon maaf kepada semua pihak terutama Kementeria­n Kesihatan dan semua pengamal perubatan khususnya doktor gigi.” Penyesalan itu diluahkan Nur Farahanis Ezzaty Adli, 20, atau Nara yang terpaksa meringkuk dalam p

- Muhammad Saufi Hassan saufi@hmetro.com.my

 ‘Doktor gigi’ palsu mohon maaf atas kesilapan lalu

“Dengan rendah hati dan kekesalan, Nara memohon maaf kepada semua pihak terutama Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dan semua pengamal perubatan khususnya doktor gigi.

“Selama ini Nara berdiam bukan melarikan diri daripada masalah, sebaliknya merenung kembali kesalahan yang Nara lakukan. Wujud juga salah faham berkenaan video yang dimuat naik baru-baru ini.”

Permohonan maaf itu dibuat Nur Farahanis Ezzaty Adli, 20, secara eksklusif menerusi Harian Metro, semalam, selepas dua minggu ‘doktor gigi’ palsu berkenaan dikecam netizen terutama warga perubatan kerana seolah-olah tidak menginsafi kesalahann­ya.

Nur Farahanis atau lebih mesra dengan panggilan Nara sebelum ini mengaku bersalah kerana menyediaka­n khidmat pergigian swasta tanpa didaftarka­n mengikut Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmat­an Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586).

Susulan kesalahan itu, graduan kolej vokasional berkenaan dijatuhkan hukuman denda RM70,000 atau enam bulan penjara.

Nur Farahanis berkata, dia sudah merasai keperitan enam hari berada

di penjara dan keadaan itu cukup memberi penyesalan untuknya.

“Berhubung video yang menjadi spekulasi selepas Nara memuat naik di laman sosial, ingin Nara jelaskan itu adalah video yang diambil Februari lalu dan bukannya Nara buat selepas keluar dari penjara.

“Nara sejujurnya sangat kesal dengan apa yang terjadi dan memohon maaf kepada semua pihak. Nara tahu tindakan berkenaan mengguris banyak pihak terutama KKM dan pertubuhan bukan kerajaan

(NGO) lain.

“Ingin Nara tegaskan bahawa Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam Malaysia (PEMA) hanya memberi nasihat perundanga­n saja,” katanya.

Nur Farahanis berkata, dia menyangkal dakwaan bahawa

PPIM dan PEMA mengeluark­an wang RM70,000 untuk membayar denda yang dikenakan terhadapny­a.

Menurutnya, wang denda itu adalah hasil derma daripada ahli keluarga, sahabat, saudara-mara dan individu perseorang­an tanpa membabitka­n PPIM atau PEMA.

“Apa yang terjadi sememangny­a menjadi iktibar yang besar. Nara akan meneruskan kehidupan mencari rezeki dengan cara yang lebih baik dan sah dari sudut perundanga­n,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia