Harian Metro

Sempat tarik dua beradik

-

Kota Bharu: “Saya sudah cuba selamatkan dia (mangsa), tetapi gagal kerana dia tenggelam dan ditarik ombak lebih jauh,” kata Mohd Faiz Abdullah, 28, peniaga yang menyelamat­kan dua daripada enam murid daripada lemas di Pantai Sabak di sini, semalam.

Enam sekawan itu mandi di pantai berkenaan pada jam 2.30 petang, sebelum empat daripada mereka ditarik ombak dan tiga berjaya diselamatk­an oleh Mohd Faiz serta penduduk kampung, manakala seorang lagi lemas.

Mangsa yang lemas ialah Muhammad Shahir Saadi, 10, dan mayatnya ditemui pada jam 5.15 petang, kira-kira 20 meter dari tempat dia dilapor hilang.

Mohd Faiz berkata, sebelum itu dia sudah melihat kanak-kanak berkenaan bermain di tepi pantai berkenaan namun tidak lama selepas itu, seorang daripada mereka menghampir­inya dan memberitah­u rakan mereka lemas.

“Ketika saya hampiri gigi air, saya hanya nampak tiga orang (daripada empat) dan dua orang daripadany­a timbul. Seorang lagi tidak kelihatan.

“Saya sempat tarik dua orang tetapi mangsa seorang lagi tidak sempat. Saya cuba menarik dia (Muhammad Shahir) juga tetapi gagal sebab sudah tenggelam dan jaraknya pun kira-kira 10 meter dari saya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Sementara itu, rakan Muhammad Shahir, Muhammad Zaim Shakir Zamri, 10, berkata, dia bersama arwah ke pantai itu dengan mengayuh basikal dari rumah mereka di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa yang berjarak lima kilometer.

“Saya ke sana dengan Muhammad Shahir manakala empat rakan kami yang lain menunggu di pantai. Apabila sampai, kami segera mandi, namun setengah jam kemudian saya dan seorang rakan naik, tetapi arwah bersama tiga rakan lain masih mandi.

“Secara tiba-tiba, Muhammad Shahir melambai tangan dan kelihatan seperti tenggelam timbul. Rakan yang lain pun begitu dan

saya bergegas meminta tolong peniaga kedai makan di tepi pantai (Mohd Faiz),” katanya.

Menurutnya, Mohd Faiz bersama orang awam bertindak menyelamat­kan tiga rakan yang berusia 10 dan 12 tahun, namun tidak sempat menarik Muhammad Shahir.

Kakak arwah pula, Nur Shahirah, 15, bersyukur mayat adiknya ditemui dalam tempoh beberapa jam.

Katanya, adiknya itu keluar bersama rakannya ke pantai itu tanpa pengetahua­n keluarga.

“Dia hanya beritahu mahu keluar bermain bersama rakan di kawasan sekitar saja. Tidak sangka pula dia ke sana untuk mandi.

“Semalam, emak (Fatihah Mahmud, 42) sudah menasihati dia supaya tidak bermain jauh dari rumah,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan Penguasa Bomba Kanan II, Husin Abd Rahman berkata, mayat mangsa dijumpai kira-kira 20 meter dari tempat dia dilaporkan lemas.

Mayatnya kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu untuk dibedah siasat.

 ??  ?? PASUKAN penyelamat dibantu nelayan mengangkat jenazah mangsa.
PASUKAN penyelamat dibantu nelayan mengangkat jenazah mangsa.
 ??  ?? IBU mangsa, Fatihah Mahmud, 42, ditenangka­n keluarga.
IBU mangsa, Fatihah Mahmud, 42, ditenangka­n keluarga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia