Harian Metro

Salah sasaran

- Mohamad Zulhairie Manzaidi am@hmetro.com.my

 Tukang masak maut terkena tembakan rambang di pos pemeriksaa­n polis di Tak Bai

Baru saja menyambut ulang tahun kelahiran ke-46 tahun dua minggu lalu namun takdir menentukan ajal tukang masak itu kelmarin selepas terkena tembakan yang disasarkan ke pos pemeriksaa­n polis di Kampung Cek He, Tak Bai, Selatan Thailand.

Akibat tembakan itu, Wan Mohd Zain Wan Hussin dari Kampung Ketil, Pengkalan Kubor di sini, maut di tempat kejadian dan jenazahnya dihantar ke hospital di Narathiwat sebelum dituntut keluarga, semalam.

Abang Wan Mohd Zain, Wan Pa, 58, berkata, meskipun terkejut dengan kejadian, mereka sekeluarga reda kerana takdir Allah SWT dan percaya ada hikmah di sebaliknya.

“Walaupun tidak menyangka hayatnya setakat ini, kami sekeluarga reda dengan qada dan qadar,” katanya di rumahnya di Kampung Ketil, semalam.

Wan Pa yang juga guru berkata, kali terakhir dia berjumpa anak bongsu daripada lapan beradik itu, dua minggu lalu dan arwah sempat meminta keluarga menjaga empat anaknya berusia 12 hingga 20 tahun, jika sesuatu berlaku terhadapny­a.

Katanya, adiknya seorang duda dan bercerai beberapa tahun lalu, manakala semua anak dipelihara sendiri dengan pendapatan sebagai tukang masak di restoran di Pengkalan Kubor.

“Dia menetap di sini tiga tahun lalu. Sebelum ini, arwah bekerja di Singapura dan Johor. Dia memang bapa penyayang dan sentiasa memenuhi keperluan anaknya.

“Kami tidak tahu dia ke Tak Bai kerana dia jarang ke sana terutama pada waktu malam. Apabila dimaklumka­n kejadian pada jam 12 tengah malam tadi (semalam) oleh kenalan arwah, kami terkejut,” katanya.

Sementara itu, kakak arwah, Wan Rukiah, 55, berkata, walaupun sedih mereka sekeluarga lega kerana adiknya tidak terbabit jenayah.

“Saya sangka ada orang tidak puas hati dengan arwah sehingga sanggup menembak, tetapi hati lega apabila tahu hal sebenar, ia tembakan rambang ke atas pos pemeriksaa­n,” katanya.

Menurutnya, urusan menuntut jenazah diselesaik­an kakak dan adiknya, Wan Esah, 60, serta Wan Fauzi, 53, yang ke negara itu sejak pagi dan jenazah dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ketil.

Dalam kejadian jam 9.30 malam kelmarin waktu Thailand, Wan Mohd Zain maut selepas terkena tembakan yang dilepaskan sekumpulan lelaki menaiki kenderaan pacuan empat roda ke arah polis di pos pemeriksaa­n Kampung Cek He, Tak Bai.

Arwah sebelum itu menunggang motosikal dan berhenti untuk pemeriksaa­n di pos berkenaan.

 ??  ?? WAN Pa menunjukka­n gambar arwah adiknya ketika ditemui di Kampung Ketil, Pengkalan Kubor.
WAN Pa menunjukka­n gambar arwah adiknya ketika ditemui di Kampung Ketil, Pengkalan Kubor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia