Harian Metro

Rindu tak lunas sampai ke mati

-

Dungun: “Arwah anak yang baik dan tidak pernah tinggal solat, setiap kali masuk waktu dia ke masjid untuk berjemaah,” kata Rohana Ayub, 41, ibu Muhammad Nur Hafizuddin Mohd Norudin, 17, yang maut selepas motosikal ditunggang­nya bertembung lori di Jalan Pulau Serai-Rajawali, di sini, petang kelmarin.

Muhammad Nur Hafizuddin yang juga calon peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut di lokasi selepas parah di kepala.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas solat Asar di Masjid Lama Kampung Rajawali tidak jauh dari rumahnya.

Kejadian itu dipercayai berlaku apabila mangsa menunggang Honda EX5 secara tiba-tiba keluar dari simpang sebelum bertembung lori dipandu Suhaimi Abd Mutalib, 27, dari arah Pulau Serai.

“Kali terakhir saya menemuinya Rabu lalu dan selepas itu tidak berjumpany­a lagi kerana dia menyertai Kem Kecemerlan­gan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selama tiga hari.

“Hari ini (kelmarin) saya merinduiny­a dan bercadang pulang sebaik selesai syif saya,” katanya yang bertugas sebagai pegawai imigresen di Depo Tahanan Imigresen Ajil, Kuala Berang.

Menurutnya, anaknya tidak menunjukka­n perubahan sebelum kejadian, tetapi Ahad lalu ada beritahu dia sangat sayang dan rindu kepadanya.

“Ahad lalu saya hantarnya ke sekolah dan arwah ada beritahu dia rindu sebelum mencium pipi saya. Saya tidak sangka ucapan itu sungguh dalam maknanya dan sebagai isyarat dia akan pergi,” katanya di Unit Forensik Hospital Dungun.

 ??  ?? MOHD Norudin mencium jenazah anaknya yang maut dirempuh lori di Kilometer 1, Jalan Pulau Serai-Kampung Rajawali.
MOHD Norudin mencium jenazah anaknya yang maut dirempuh lori di Kilometer 1, Jalan Pulau Serai-Kampung Rajawali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia