Harian Metro

‘Harga pasar basah lebih tinggi kerana ikan segar’

-

Kuala Lumpur: “Harga tidak menentu. Di pasar basah harga lebih tinggi kerana ikan lebih segar,” kata seorang peniaga ikan di sebuah pasar basah di Lembah Klang, Mohd Rohan Ibrahim, 37, mengenai harga ikan mutakhir ini.

Menurutnya, kembung segar gred A iaitu yang bersaiz besar di pasar basah dijual pada RM17 atau RM18 setiap kilogram (kg).

“Ia bergantung pada saiz. Ikan kecil pun tak jumpa RM7 atau RM8 sekilogram. Selayang pun RM10 hingga RM12.

“Sekarang di jeti Kuantan pun RM9 sekilogram. Selar RM14, kembong RM15, itu biasa di jeti. Harga (di jeti) pun lain macam sekarang. Cuma di sini (pasar basah) barang segar,” katanya.

Mohd Rohan berkata, pada hari biasa dia menjual 200 hingga 300 kg sehari, manakala pada Sabtu dan Ahad masing-masing 800 kg termasuk untuk tempahan dari kedai makan tertentu.

Menurutnya, untung diperolehn­ya tidak besar kerana terpaksa menanggung pelbagai kos.

“Kos pengangkut­an untuk satu tong 120 kg lebih

RM50. Kos untuk khidmat tolak ikan dikira lain pula,” katanya.

Malah, katanya, menjual menggunaka­n alat penimbang juga akan menyebabka­n susut timbangan di pihaknya.

“Orang beli satu atau dua kg ataupun tiga empat ekor, ia akan susut kilogram di pihak kami.

Kadang-kadang beza beberapa puluh sen pun kami tidak kira dengan pembeli,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PENIAGA Pasar Basah Bandar Baru Bangi menimbang ikan pelanggan.
PENIAGA Pasar Basah Bandar Baru Bangi menimbang ikan pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia