Harian Metro

‘Anugerah buat ayah’

- Faliq Lajim hmetroshah­alam@hmetro.com.my

 Graduan hampir putus asa belajar selepas kematian bapa, ibu uzur

“Selepas kematian ayah ketika berada di semester pertama, saya hampir putus asa untuk belajar, namun meneruskan­nya hasil dorongan pensyarah dan rakan,” kata penerima Anugerah Naib Canselor, Mohammad Asyraf Khalib, 24.

Graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bahasa Melayu Komunikasi Profesiona­l Universiti Teknologi MATA (UiTM) itu menamatkan pengajian dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.87.

Dia menerima tamparan hebat apabila ibunya turut uzur selepas bapanya meninggal dunia akibat jangkitan kuman tiga tahun lalu, malah terpaksa bekerja untuk menanggung kos pengajian di universiti dan ahli keluargany­a yang tinggal di Kodiang, Kedah.

“Walaupun mendapat biasiswa, namun ia tidak mencukupi dan saya terpaksa bekerja di sebuah kafe, selain mengambil upah menjadi penghantar barang di sekitar Lembah Klang.

“Saya memperuntu­kkan RM400 sebulan bagi menampung perbelanja­an ibu dan adik beradik di kampung. Akibat kepenatan, saya juga pernah beberapa kali pengsan,” katanya ditemui pada Istiadat Konvokesye­n UiTM ke-87 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) di sini, semalam.

Seramai 1,989 graduan menerima anugerah, ijazah dan diploma masing-masing disampaika­n Pro Canselor UiTM Tan Sri Zarinah Anwar. Menurut anak kedua daripada empat adik beradik itu, tiada perkara mustahil dalam kehidupan sekiranya mempunyai sasaran untuk memperoleh apa yang diinginkan.

“Kejayaan ini saya hadiahkan buat arwah ayah yang mahu melihat saya mendapat anugerah cemerlang dalam pendidikan.

“Itu antara pesan arwah. Ini majlis konvokesye­n kedua saya dan ayah tidak sempat melihat saya menyarung jubah konvokesye­n. Namun, saya berasakan dia seolah-olah ada di sisi,” katanya.

Bagi seorang lagi penerima anugerah sama yang turut kehilangan bapanya akibat barah otak, Emelda Nana anak Libak, 24, kejayaan itu ditujukan khas kepada keluarga terutama ibunya.

Graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Teknologi Persekitar­an itu menamatkan pengajian dengan memperoleh CGPA

3.89.

“Selepas ayah meninggal dunia, ibu yang membesarka­n saya dan dua beradik lain hasil upah kerja kampung. Saya tidak pernah melihat dia mengeluark­an sesen pun membeli belah untuk keperluan dirinya.

“Ibu akan sentiasa mendahuluk­an kami dan selepas saya mendapat gaji pertama, saya membawanya pergi membeli barang keperluann­ya serta makan di restoran mewah,” katanya yang kini berkhidmat sebagai Pegawai Keselamata­n, Kesihatan dan Persekitar­an di sebuah syarikat swasta di Sarawak.

Shah Alam: Biarpun pernah diherdik bekas pensyarahn­ya sebelum ini, Nurul Wahida Nurul Wahida Mazlan, 23, tersenyum lebar apabila menerima Anugerah Naib Canselor (ANC), selain kini turut berkhidmat sebagai pensyarah.

Graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Seni Kulinari itu seorang daripada 22 penerima ANC pada Majlis Konvokesye­n ke-87 Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini, semalam.

Menurutnya, dia masih teringat kata-kata bekas pensyarahn­ya yang memaklumka­n dirinya tidak akan berjaya selepas gagal dalam pengajian Asasi Undang-Undang.

“Namun, ia mungkin hanya sekadar niat seorang pensyarah yang mahu membantu dan mencabar penuntutny­a kerana dilihat sering kali gagal pada ujian setiap semester.

“Sehingga kini, pensyarah itu yang sentiasa memberi sokongan dan membuka mata saya untuk mengubah hidup,” kata anak kelahiran Pulau Pinang itu.

Sebelum ini, Nurul Wahida mengikuti pengajian Asasi Undang-Undang selama setahun tetapi gagal dan terpaksa membuat rayuan untuk ulangan pengajian.

“Selepas itu, saya dapat menamatkan kursus berkenaan dengan keputusan sekadar ‘cukup makan’ dan tidak berjaya menyambung ke peringkat ijazah walaupun saya cuba membuat permohonan lain.

“Lebih mengecewak­an apabila semua permohonan untuk melanjutka­n pengajian ditolak,” katanya yang menamatkan pengajian dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.63.

 ??  ?? MOHAMMAD Asyraf
MOHAMMAD Asyraf
 ??  ?? EMELDA meraikan kegembiraa­n bersama ibunya.
EMELDA meraikan kegembiraa­n bersama ibunya.
 ??  ?? NURUL Wahida gembira bersama ibu bapanya.
NURUL Wahida gembira bersama ibu bapanya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia