Harian Metro

Keluarga syukur jenazah Shyzlin tiba hari ini

-

Johor Bahru: “Kami sekeluarga hanya mampu mengungkap­kan syukur Alhamdulil­lah atas kerjasama dan bantuan semua pihak menguruska­n kepulangan jenazah Allahyarha­m Shyzlin Hathaman,” kata Shaan Shah Mohd Nasir, 48, salah seorang ahli keluarga wanita rakyat Malaysia yang meninggal dunia di Lima, Peru, pada jam 7.50 pagi waktu Malaysia, 7 Oktober lalu.

Shaan berkata, semua ahli keluarga berharap proses membawa pulang jenazah Shyzlin, 43, dipermudah­kan tanpa sebarang halangan hari ini.

Katanya, Pengerusi Kebajikan Parlimen Johor Bahru merangkap Pengerusi Ehsan Penyayang, Faridah Mustafa ada menghubung­inya dan memaklumka­n situasi semasa berkaitan usaha Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BiKUM) membawa pulang jenazah itu.

“Saya dimaklumka­n jenazah Allahyarha­m Shyzlin Hathaman dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), antara jam 3 hingga 4 petang esok (hari ini).

“Malah sebuah van jenazah sudah digerakkan untuk membawa pulang jenazah Allahyarha­m Shyzlin untuk dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Kebun Teh di sini,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, usaha ini antara hasrat arwah isterinya, Norabdah Mahmood, 47, yang berpesan dan wasiat supaya berusaha membawa pulang sepupunya itu.

“Biarpun perkara itu (hasrat membawa pulang) menjadi impiannya sejak tahun lalu, namun usaha dilakukan UMNO Malaysia membantu membawa pulang jenazah terbabit memudahkan keadaan,” katanya yang tinggal di Larkin Jaya.

Kuala Terengganu: “Saya bersyukur kerana hasrat untuk melihat anak kembali bertugas dengan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) bertambah cerah selepas menerima maklum balas baik daripada agensi itu serta kerajaan negeri,” kata Fatimah Ngah, 63, ibu kepada bekas atlet angkat berat negara, Che Mohd Azrol Che Mat, 38.

Menurutnya, dia berterima kasih kepada Harian Metro yang banyak membantu dengan melaporkan kisah penderitaa­n anaknya itu hingga mendapat perhatian daripada banyak pihak.

Anaknya itu mungkin akan dirawat kira-kira sebulan lagi di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Apabila keluar nanti diharap dia mampu melatih atlet angkat berat semula sebagaiman­a yang pernah dilakukan sebelum ini.

“Dengan pekerjaan itu nanti, dapat juga dia menampung kos perubatan selain berbakti kepada negeri sendiri,” katanya.

Kelmarin, kerajaan negeri menyatakan kesediaan untuk menerima kembali Che Mohd Azrol bersama MSNT sebagai jurulatih sambilan atau tetap.

MSNT meminta pemenang pingat emas Sukan SEA angkat berat kategori 105 kilogram pada 2003 dan 2005 itu berbincang dengannya selepas keluar dari hospital.

Bekas atlet angkat berat negara itu menerima rawatan di HSNZ sejak 1 Oktober lalu selepas dijangkiti kuman dalam paru-paru selain mengalami masalah buah pinggang, hati dan limpa.

Dia yang berasal dari Kampung Losong, ketika ini hanya bergantung hidup pada orang tuanya yang bekerja kampung.

Pada 2015, Che Mohd Azrol terpaksa berhenti kerja sebagai jurulatih angkat berat di MSNT selepas dijangkiti kencing tikus.

Lebih malang apabila dia kini memerlukan kira-kira RM2,000 sebulan untuk menampung kos perubatann­ya dan amat mengharapk­an ada pihak membantu.

Sementara itu, Che Mohd Azrol yang masih bujang berkata, dia sedia memikul peranan sebagai jurulatih sekiranya pihak MSNT memberi kepercayaa­n kepadanya.

 ??  ?? CHE Mohd Azrol ditemani ibunya Fatimah di HSNZ.
CHE Mohd Azrol ditemani ibunya Fatimah di HSNZ.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 10 Oktober lalu.
LAPORAN Harian Metro 10 Oktober lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia