Harian Metro

RASA KELAKAR JADI ‘SUAMI’

- DARI MUKA R27

Tajul yang juga adik kepada Allahyarha­m Achik Spin berkata, dia hanya belajar teknik lakonan ketika berada di lokasi penggambar­an.

“Ilmu lakonan saya memang kosong kerana memang tak pernah berlakon. Jadi, ketika di lokasi baru saya belajar. Memang ambil masa juga untuk belajar semua perkara.

“Tiga hari pertama saya banyak ditegur pengarah yang mengatakan lakonan kaku dan keras. Namun, dia tetap berusaha membentuk dan mengajar saya. Dia faham keadaan saya sebagai orang yang pertama kali berlakon.

“Tidak dinafikan banyak kali juga buat salah. Saya agak takut juga kerana sudah menyusahka­n semua kru. Namun, pengarah tetap sabar dan meminta saya buat berulang kali sehingga dia berpuas hati,” katanya.

Filem yang menampilka­n Kazar sebagai pelakon utama itu menjalani penggambar­an selama 20 hari pada Ogos lalu.

“Saya melakonkan watak sebagai cucu kepada Kazar dan seorang lelaki yang sudah berkahwin. Pada mulanya rasa kelakar juga sebab saya baru berusia 19 tahun dan masih muda untuk bawa watak itu.

“Namun, pengarah meyakinkan saya yang mereka boleh ajar dan bantu membawakan watak suami dengan baik,” katanya.

Pada masa sama, Tajul mengakui menjadi pelakon bukan semudah disangka. Namun, peluang itu diambil sebagai satu cabaran.

Paling penting, Tajul berbesar hati apabila dapat bekerjasam­a dengan mereka yang jauh berpengala­man

Tajul raih pengalaman berharga sepanjang

penggambar­an filem Enjin No 9

dalam bidang lakonan.

“Tipulah kalau saya kata tak penat sepanjang berlakon.

Jika menyanyi, saya tidak perlu menunggu lama. Selesai persembaha­n saya boleh balik. Namun, berbeza dengan berlakon apabila perlu meluangkan masa lama di lokasi.

“Namun, ia adalah pengalaman berharga untuk saya. Bukan mudah nak dapat peluang sebegini, malah saya bertuah apabia dipilih terbabit dalam filem ini. Saya tidak serik mencuba lagi. Rasa seronok pula apabila melakukan sesuatu yang baru,” katanya.

Mengenai kerjaya nyanyianny­a, Tajul baru muncul dengan single baru berjudul Melamar Rindu.

Selain itu, Tajul juga sudah tidak sabar untuk muncul dengan album sulung yang bakal dilancarka­n hujung bulan ini.

“Album ini memuatkan lima lagu. Tiga lagu solo dan dua lagu duet bersama Wany Hasrita. Istimewany­a, single solo ketiga saya berjudul Hasrita bakal dilancarka­n tidak lama lagi. Lagu ini bukan ditujukan buat Wany, sebaliknya hanya judul lagu saja,” katanya.

Tajul berkata, buat masa sekarang dia memberi fokus kepada nyanyian kerana tidak mempunyai bakat dalam penciptaan lagu.

“Bukan tak nak buat lagu, tetapi saya tak pandai. Lagipun, saya tidak mahir bermain gitar. Jadi, saya tak pernah cuba.

“Saya pernah cuba menulis lirik, tetapi tidak menjadi. Disebabkan itu, lebih baik saya fokus kepada nyanyian dahulu,” katanya. -Sudirman Mohd Tahir

 ??  ?? Tiga hari pertama saya banyak ditegur pengarah yang mengatakan lakonan kaku dan keras. Namun, dia tetap berusaha membentuk dan mengajar saya
Tiga hari pertama saya banyak ditegur pengarah yang mengatakan lakonan kaku dan keras. Namun, dia tetap berusaha membentuk dan mengajar saya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia