Harian Metro

Tiada istilah tikam belakang

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Menjadi antara peserta senior, Rahim Sepahtu tidak malu apabila diumumkan tersingkir di minggu suku akhir Super Spontan Superstar 2017, Jumaat lalu.

Penyingkir­an itu agak mengejutka­n kerana Rahim antara pelawak harapan serta memiliki aura dan lawak spontan yang mencuit hati.

Rahim berkata, dia tidak terkejut dengan penyingkir­annya dan mengakui persembaha­nnya pada malam itu kurang berkesan, sekali gus membuatkan ahli kumpulan Tenggiling Taiko mengundiny­a keluar.

“Hampir setiap tahun saya menyertai program ini dan sudah masak dengan adat pertanding­an,” katanya.

Pada masa sama, Rahim turut menolak berlakunya isu ‘tikam belakang’ berikutan penyingkir­annya itu.

“Istilah ‘tikam belakang’ itu sudah kurang sesuai untuk digunakan. Ini kerana kalah dan menang serta sesi penyingkir­an sudah menjadi adat pertanding­an. Jika dulu, mungkin saya pernah terdetik rasa itu, tetapi selepas memahami konsep pertanding­an, saya faham dengan corak persembaha­n ini.

“Apabila tersingkir, saya tidak terkejut. Saya sudah menjangka perkara itu kerana apa saja boleh terjadi dalam program begini. Ini semua sebahagian daripada strategi permainan,” katanya.

Menurut Rahim, dia tidak dapat meneka siapakah peserta yang bakal menjadi juara kerana setiap peserta mempamerka­n aksi lawak spontan dan menghiburk­an.

“Susah untuk saya mengagak siapa bakal menang atau menyerlah kerana masing-masing mempunyai kekuatan dalam pertanding­an ini.

“Justeru, saya harap semua peserta harus bermain dengan baik supaya penonton terhibur dan berpuas hati,” katanya.

Rahim berkata, dia kagum melihat keletah Kamal Adli yang mewakili kumpulan King Musang dalam pertanding­an itu.

“Saya lihat Kamal mempunyai potensi besar dalam pertanding­an ini kerana momentum persembaha­nnya semakin menyinar. Tambahan pula, dia sudah meraih kelompok peminat yang ramai,” katanya.

Selepas Rahim disingkirk­an, kini Tenggiling Taiko hanya tinggal Achey (Kapten), Ozlynn, Sharif

Zero, Mamak dan Shahrol.

King Musang pula dibarisi Shuib (Kapten), Syuk, Fad Bocey, Kamal Adli dan Amy Mastura.

Super Spontan Superstar 2017 bersiaran secara langsung di Dewan Percubaan UPM, Serdang, setiap Jumaat, jam 10 di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Warna HD (saluran 124).

 ??  ?? RAHIM akur dengan penyingkir­an.
RAHIM akur dengan penyingkir­an.
 ??  ?? AKSI Rahim bersama Achey, Jumaat lalu.
AKSI Rahim bersama Achey, Jumaat lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia