Harian Metro

Kesinambun­gan Attention

-

Kelainan dalam lagu terbaru Charlie Puth, How Long

jadikan ia karya segar

Selepas ada beberapa kelainan disuntik dalam How Long sekali gus menjadikan ia karya segar.

Genrenya juga sedikit berbeza apabila Charlie mempertaru­hkan genre pop R&B menerusi lagu ini yang juga menjadi single kedua untuk albumnya, Voicenotes.

How Long mengisahka­n mengenai wanita yang mendapat tahu kekasihnya curang.

Charlie dalam satu temu bual bersama stesen radio antarabang­sa berkongsi mengenai jalan cerita lagu ini yang menjadi kesinambun­gan daripada Attention.

“Ia berkaitan dan punya kesinambun­gan dengan Attention. Senarionya kalau dalam Attention, ia berkaitan lelaki yang menagih perhatian pasanganny­a dan dicurangi.

“Dalam lagu ini pula, lelaki itu pula berlaku curang. Ia seperti balas dendam selepas kekasihnya curang dalam lagu Attention dan saya sendiri tidak sabar menantikan kehadiran album Voicenotes tahun depan,” katanya.

Dalam liriknya juga jelas dipaparkan beberapa ayat yang menerangka­n jalan cerita yang ingin disampaika­n dalam lagu ini.

How Long dilancarka­n sejak 5 Oktober lalu dan sehingga kini audio rasmi yang dimuat naik ke YouTube sudah didengar lebih 5.5 juta kali.

Rata-rata, ramai peminat dan pendengar How Long memberikan reaksi positif kepada lagu itu menerusi ruangan komen di akaun YouTube Charlie.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? LAGU: How Long PENYANYI: Charlie Puth LAGU/LIRIK: Charlie Puth, Jacob Kasher & Justin Franks PENERBIT: Charlie Puth TERBITAN/EDARAN: Atlantic
LAGU: How Long PENYANYI: Charlie Puth LAGU/LIRIK: Charlie Puth, Jacob Kasher & Justin Franks PENERBIT: Charlie Puth TERBITAN/EDARAN: Atlantic

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia