Harian Metro

Nita tidak mengalah

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Single terbaru berjudul Hadirlah Cinta diharap mampu

kembalikan nama dalam bidang nyanyian

Jika nak diikutkan sudah tujuh tahun Nita Hamzah bergelar penyanyi.

Namun, nama penyanyi kelahiran program realiti Malaysian Idol musim kedua ini seolah-olah tenggelam berbanding artis lain.

Nita, 37, ketika ditemui, mengakui dirinya tidak sepopular rakan seperjuang­annya lain.

“Saya memang jarang muncul dalam acara hiburan dan tidak banyak cerita mengenai saya dilaporkan media sejak kebelakang­an ini.

“Tapi, saya masih memenuhi undangan persembaha­n untuk karnival dan pihak korporat cuma tiada publisiti.

“Sebagai penyanyi, saya tidak pernah berputus asa untuk terus mengukuhka­n nama dalam bidang nyanyian,” katanya.

Nita berkata, dia bertuah kerana ibunya sentiasa menyokong minatnya dalam bidang nyanyian sejak dulu.

“Saya sangat meminati bidang nyanyian sejak berusia sembilan tahun. Ibu juga sentiasa membakar semangat supaya saya tidak pernah mengalah untuk terus menempa nama dalam bidang nyanyian.

“Saya yakin, berkat usaha dan kerja keras, rezeki akan berpihak kepada saya nanti,” katanya ketika ditemui pada sidang media program Versus 1001 Rasa Baba’s untuk siaran

TV3 yang berlangsun­g di hotel terkemuka di Subang Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Selepas sekian lama menyepi, Nita bakal muncul dengan single terbarunya berjudul Hadirlah

Cinta, sekali gus untuk mengembali­kan namanya dalam bidang nyanyian.

“Single genre pop ini masih dalam proses pembikinan. Ia ciptaan komposer Sharon Paul dan Iman Imran serta bakal

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia