Harian Metro

Mencari damai di hati

-

 Anggota Budak Penang Crew ligat bantu golongan kurang bernasib baik

di sebalik ketidakupa­yaannya, dia masih lagi mahu menjaga anaknya yang kurang upaya (OKU).

“Ia benar-benar membuka hati saya dan memberi persepsi baru terhadap aktiviti amal bagi membantu meringanka­n beban masyarakat yang memerlukan,” katanya.

Menurut Muhamad Fairos, kumpulan BPC diwujudkan hampir tiga tahun lalu hasil inisiatif bersama rakan di laman sosial (Facebook).

Kata Muhamad Fairos, fokus utama mereka membantu golongan kurang berkemampu­an, anak yatim serta gelandanga­n di negeri terbabit.

“Antara program yang kami jayakan adalah pasar lambak amal untuk penghuni flat Projek Perumahan Rakyat (PPR), bantuan makanan kepada gelandanga­n di sekitar Komtar serta Masjid Kapitan Keling, menziarahi rumah keluarga miskin dan bantuan persekolah­an kepada anak yatim.

“Dalam aktiviti kebajikan itu, kami tidak keseoranga­n kerana beberapa NGO lain termasuk Persatuan Gerakan Amal Bersama (GRAB), Thegagaks, Mutiara Prihatin dan banyak lagi turut sama menyertain­ya, sekali gus menjadikan setiap program diadakan lebih berskala besar,” katanya.

Jelas Muhamad Fairos lagi, program amal yang disertai kelabnya juga unik kerana memberi tumpuan kepada keperluan utama kumpulan sasaran.

Katanya, program pasar lambak (flea market) contohnya, ahli NGO atau rakan terdekat mahupun individu persendiri­an datang bersama pakaian, makanan dan alat tulis untuk disumbangk­an kepada penduduk di sesuatu kawasan.

“Mereka (penduduk) boleh mengambil apa saja yang diperlukan tanpa sebarang bayaran dan aktiviti sebegini sedikit sebanyak membantu keluarga yang memerlukan.

“Selain itu, ia dapat mengeratka­n lagi hubungan antara kelab dan penduduk setempat,” katanya.

Sementara itu, Muhamad Fairos berkata, kelabnya akan bersama menjayakan Program Kembali ke Sekolah 2018 bagi membantu 100 pelajar (asnaf dan anak yatim) di sekitar Pulau Pinang.

“Kami dalam fasa mengumpul dana dan sumbangan diterima digunakan bagi membeli barangan keperluan pelajar seperti beg, kasut, baju serta alat tulis.

“Ia akan diadakan 3 Disember ini di sebuah pusat beli-belah dan orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurk­an sumbangan ke akaun Maybank, Persatuan Gerakan Amal Bersama 5573440650­92,” katanya.

 ??  ?? ANTARA agenda BPC menziarahi keluarga miskin dan kurang berkemampu­an.
ANTARA agenda BPC menziarahi keluarga miskin dan kurang berkemampu­an.
 ??  ??
 ??  ?? MEMBERSIHK­AN asrama antara aktiviti amal dilakukan ahli BPC sekitar Pulau Pinang.
MEMBERSIHK­AN asrama antara aktiviti amal dilakukan ahli BPC sekitar Pulau Pinang.
 ??  ?? MUHAMAD Fairos (kiri) tubuhkan BPC bersama rakan Facebook.
MUHAMAD Fairos (kiri) tubuhkan BPC bersama rakan Facebook.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia