Harian Metro

Dua pembantu kastam nafi terima rasuah

-

Kangar: Dua pembantu Penguasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas tuduhan meminta dan menerima rasuah daripada seorang pengusaha bot pada Jun tahun lalu serta bersubahat atas kesalahan itu pada Jun tahun lalu.

Tertuduh, Khairul Paizi Ahmad, 49, dan Hizir Said, 43, bertugas di JKDM Marin Kuala Perlis, dekat sini, dituduh secara berasingan memohon dibicaraka­n sejurus dibacakan dan diterangka­n pertuduhan itu oleh jurubahasa mahkamah di depan Hakim Rusita Md Lazim.

Mengikut pertuduhan, Khairul Paizi (pengadu) didakwa meminta suapan RM3,000 daripada Mohd Anizal Abdul Kasli, 46, melalui satu khidmat pesanan ringkas ke telefon bimbit pengadu sebagai dorongan tidak melaporkan kepada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang boleh menyebabka­n bot PSF 2319 pengadu diberhenti­kan subsidi diesel serta lesen vesel dan peralatan menangkap ikan. Kuala Lumpur: Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2017 baru saja dilaksanak­an tiga hari tetapi ada segelintir peniaga mengambil kesempatan menjual barangan harga kawalan melebihi harga maksimum ditetapkan.

Malah, ada yang gagal mematuhi peraturan skim berkenaan iaitu meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu ke atas barangan harga kawalan bagi membezakan­nya dengan barangan lain.

Tinjauan Harian Metro di Pasar Pudu dan Chow Kit mendapati kesalahan itu banyak dilakukan peniaga sayur-sayuran seperti tomato, cili merah, bawang merah kecil (India), bawang besar import dan ubi kentang import (China).

Apabila disoal perkara itu, pekerja yang kebanyakan­nya warga asing memberitah­u, majikannya tidak sempat menyediaka­n tanda harga itu.

Seorang pekerja yang hanya mahu dikenali sebagai Bilal, 20-an, berkata, harga pula diletakkan berdasarka­n makluman daripada majikan.

“Saya tidak tahu kerana harga atau tanda harga, semuanya bos yang bagi. Saya hanya bekerja. Ikut saja,” katanya.

 ??  ?? DUA suspek di Mahkamah Sesyen Kangar, semalam
DUA suspek di Mahkamah Sesyen Kangar, semalam
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia