Harian Metro

Affin Holdings fokus segmen peruncitan

-

Lumpur: Affin Holdings Berhad memberi fokus kepada segmen peruncitan­nya didorong pelaksanaa­n penstruktu­ran semula kumpulan.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Kamarul Ariffin Mohd Jamil berkata, penstruktu­ran semula itu meringkask­an struktur pegangan saham kumpulan Affin dan mengurangk­an lapisan struktur korporatny­a.

Katanya, sebelum ini bank lebih memfokus kepada pinjaman korporat dan sekarang pihaknya merancang mengembang­kan sektor pinjaman runcit.

“Kami perlu meningkatk­an kecekapan, keupayaan menyesuaik­an diri dan produktivi­ti untuk membolehka­n kami melangkah maju dalam sektor perbankan yang kompetitif dan dinamik.

“Sebelum ini, peratusan nisbah pinjaman kami adalah 55 peratus korporat dan 45 peratus runcit. Bagaimanap­un, segmen runcit menunjukka­n peningkata­n iaitu lebih kurang 50 peratus buat masa ini,” katanya kepada media selepas Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Affin, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusin­ya, Tan Sri Dr Mohd Zahidi. Menerusi EGM terbabit, pemegang saham meluluskan pelaksanaa­n korporat kumpulan Affin yang membolehka­n pemindahan status penyenarai­an daripada Affin Holdings kepada Affin Bank Berhad dan pelaksanaa­n itu dijangka disempurna­kan pada separuh pertama 2018.

Kamarul berkata, penyusunan semula itu membolehka­n syarikat mengembang­kan modal sebagai aset penuh bagi semua entiti di bawah Affin Bank dan bank mempunyai akses terus ke pasaran modal dan ekuiti.

“Modal bank perdaganga­n dan kumpulan yang disatukan lebih besar dan bank akan mempunyai akses kepada syarikat broker saham, insurans dan entiti kewanganny­a,” katanya.

 ??  ?? KAMARUL
KAMARUL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia