Harian Metro

Penerbanga­n sulung AirAsia Jepun dari Nagoya ke Sapporo

-

Kuala Lumpur: AirAsia Jepun, anak syarikat penerbanga­n tambang rendah terbaik dunia akan memulakan penerbanga­n sulungnya dari Nagoya ke Sapporo bermula 29 Oktober ini.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya (CEO) Osamu Hata berkata, perkhidmat­an penerbanga­n dua kali sehari itu menghubung­kan hab utama AirAsia Jepun di Nagoya ke ibu kota wilayah utara Hokkaido.

“Bagi meraikan penerbanga­n sulung ini, AirAsia menawarkan pelanggann­ya tambang promosi sehala istimewa daripada hanya lima yen (100 yen = RM3.77) bermula 17 hingga 22 Okt bagi perjalanan antara 29 Oktober 2017 hingga 24 Mac 2018.

“Kami berbangga menjadi syarikat penerbanga­n pertama beroperasi di Lapangan Terbang Antarabang­sa Chubu Centrair Nagoya.

“AirAsia Jepun komited menghubung­kan ramai tetamu ke rangkaian meluas AirAsia dengan tambang rendah serta mengeratka­n komuniti dan budaya untuk memajukan ekonomi tempatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group Tan Sri Tony Fernandes berkata, dengan pelancaran laluan itu, AirAsia mencetus revolusi penerbanga­n tambang rendah di Jepun.

“Dengan rakan kongsi baru yang mempunyai visi sama, saya yakin AirAsia akan menjadi pilihan penerbanga­n di Jepun,” katanya.

AirAsia Jepun adalah usaha sama antara AirAsia Bhd, Rakuten Inc, Octave Japan Infrastruc­ture Fund I GK, Noevir Holdings Co Ltd dan Alpen Co Ltd.

Syarikat penerbanga­n itu mengendali­kan dua pesawat A320-200 dari habnya Lapangan Terbang Antarabang­sa Chubu Centrair di Nagoya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia