Harian Metro

Padah mengurat sembaranga­n

-

Paris: Perancis bakal menggubal perundanga­n baru melarang gangguan seksual terhadap wanita termasuk mengurat dan bersiul di jalanan yang boleh menyebabka­n lelaki didenda kerana bertindak lucah serta agresif, kata menteri wanita negara itu, semalam.

Langkah itu diterajuk Marlene Shiappa, 34, feminis dan penyokong Presiden Emmanuel Macron yang komited menangani sikap seksis lelaki di tempat awam.

Dalam temu bual dengan radio RTL semalam, Marlene berkata: “Tindakan itu amat penting kerana setakat ini gangguan seksual jalanan tidak termaktub dalam undang-undang.”

Skandal yang kini melanda Hollywood mengaitkan penerbit terkenal Harvey Weinstein terhadap beberapa pelakon wanita terkenal turut menyemarak­kan lagi debat mengenai gangguan seksual dan pemangsa seks di Perancis.

Hashtag ‘MeToo’ menggalakk­an wanita mengongsik­an pengalaman mereka juga antara yang tertinggi di Twitter Perancis dengan satu lagi kini muncul - #balanceton­porc (‘dedahkan si babi’) untuk melaporkan gangguan seks di tempat kerja.

Ditanya mengenai kesukaran membezakan gangguan seksual dengan gurau senda, Marlene berkata: “Semua wanita tahu bila gurauan mula bertukar kepada rasa tidak senang atau menakutkan, terutama di jalan raya.

“Contohnya jika seorang lelaki menghampir­i anda dan bercakap begitu dekat sehingga 10 sentimeter dari wajah anda, atau mengekori seorang wanita untuk beberapa minit, atau mendesak mahukan nombor telefon anda. Itu bukan gurauan.” - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia