Harian Metro

Kejuaraan bermakna N Nine FC menjelang Deepavali

- Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor dan Abnor Hamizam Abd Manap sukan@hmetro.com.my

Jempol: “Ini adalah kejayaan yang bermakna buat pasukan tambahan pula ia berlaku menjelang Deepavali,” kata Datuk Seri Dr S Surash yang menzahirka­n kesyukuran apabila pasukannya, N Nine FC muncul juara Kejohanan Futsal 1 Malaysia Tertutup Daerah Jempol di Kompleks Rakan Muda, kelmarin.

Dr Surash berkata, selain tumpuan terhadap bola sepak, pasukannya juga menyertai kejohanan futsal di seluruh negara bagi melahirkan lebih ramai bakat sukan.

Pada kejohanan yang disertai 44 pasukan itu, N Nine FC dinobatkan juara selepas menewaskan Palong FC dengan keputusan 5-0 pada perlawanan akhir.

Kemenangan membolehka­n pasukan itu membawa pulang RM1,000, piala kejohanan, pingat dan sijil penyertaan.

Menurut Dr Surash, menerusi kemenangan dalam pelbagai kejohanan domestik, pihaknya merancang untuk menyertai Piala FAM pada tahun depan.

Pemilik kelab bola sepak itu berkata, beliau yakin prestasi pasukannya dalam keadaan baik dan mahu menyertai kejohanan di peringkat tertinggi dalam negara.

“Pada awal penubuhan (pasukan) sejak beberapa tahun lalu, kami giat mencungkil bakat baru bola sepak menerusi pelbagai pencarian. Kini, kami dalam prestasi terbaik dan memiliki ramai pemain berkualiti,” katanya yang juga Pengerusi MIC Cawangan Taman Awana Indah.

Menurutnya, kesungguha­n untuk menubuhkan pasukan bola sepak yang kuat kini berhasil apabila mereka menjuarai banyak kejohanan.

“Selepas ini kami akan berentap di peringkat yang lebih tinggi dan menjadi harapan pemain N Nine FC menyarung jersi kebangsaan,” katanya.

Serdang Jaya: Terengganu Turtles bangkit dari kekalahan mengejut kepada pendatang baru, Selangor Pistons pada minggu pembukaan untuk merampas kedudukan pendahulu Sepaktakra­w League (STL) Premier selepas tamat aksi minggu kedua di Stadium Majlis Perbandara­n Serdang Jaya (MPSJ).

Pasukan yang diperkuat tonggak berpengala­man seperti Hanafiah Dollah, Zulkifli Razak dan Safarudin Abu Bakar itu melakar dua kemenangan dengan menewaskan Johor Tigris dan kemudianny­a membuktika­n reputasi selaku pasukan pilihan apabila meleburkan rekod tanpa kalah juara bertahan, Penang Black Panthers.

Dengan tiga kemenangan dari empat perlawanan, Turtles menolak Black Panthers bimbingan Sufian Napiah yang turut mencatat tiga kemenangan ke tangga kedua menerusi perbezaan set.

Finalis musim lalu, Kuala Lumpur Thunder menamatkan minggu pembukaan tanpa kemenangan pula mencuri tumpuan apabila tampil dengan aksi bertenaga untuk melakar dua kemenangan tanpa tewas sebarang set untuk melonjak ke kedudukan ketiga.

Dibarisi pemain tonggak seperti Amirul Zazwan Amir, Idham Sulaiman dan Norhafizi Razak, KL Thunder menterjema­hkan permainan yang jauh lebih baik dan bermula dengan kemenangan 2-0 ke atas Selangor Piston sebelum melengkapk­an minggu cemerlang mereka dengan mengatasi Johor Tigris 2-0.

Ketika pasukan lain seperti juara Divisyen Satu, Perak Bison, ATM Guardians dan Selangor Pistons menutup tirai minggu kedua dengan satu kemenangan, ia minggu yang pastinya mahu dilupakan Kelantan Warriors dan Johor Tigris selepas kedua-duanya gagal merakam sebarang kemenangan.

Warriors bimbingan Rozi Rahman mengalami kekalahan ketiga berturut-turut apabila kecundang 1-2 kepada Black Panthers dan 0-2 kepada ATM Guardians. Pasukan itu menghuni tangga ketujuh dengan hanya satu kemenangan yang dicatat pada aksi pertama ketika menewaskan KL Thunder pada 30 September lalu.

Sementara Johor Tigris pula bukan saja tewas kedua-dua perlawanan kepada Turtles dan KL Thunder, namun menjadi satu-satunya pasukan yang gagal menang walau satu pun set pada minggu kedua.

 ??  ?? PASUKAN N Nine FC muncul juara Kejohanan Futsal 1 Malaysia Tertutup Daerah Jempol.
PASUKAN N Nine FC muncul juara Kejohanan Futsal 1 Malaysia Tertutup Daerah Jempol.
 ??  ?? AKSI Pemain Terengganu Turtles (kanan) ketika bertemu Selangor Pistons.
AKSI Pemain Terengganu Turtles (kanan) ketika bertemu Selangor Pistons.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia