Harian Metro

KANE ‘INTIP’ RONALDO

- AFP

Madrid

Harry Kane mengakui dia mengekori statistik menakjubka­n Cristiano Ronaldo dalam usahanya mengejar status pemain terbaik dunia tetapi setakat ini, peledak Portugal itu tercicir di belakangny­a dalam pemburuan peledak terbaik Liga Juara-Juara.

Inspirasi Kane mengubah Tottenham Hotspur yang gagal di gelanggang Eropah musim lalu kepada permulaan cemerlang dengan lima daripada enam gol Spurs dalam kempen elit itu.

Ia termasukla­h jaringan ketika kemenangan ke atas Borussia Dortmund dan APOEL Nicosia.

Kali ini, ujian getir bagi Kane dan rakan sepasukann­ya ialah pertembung­an di Santiago Bernabeu apabila dijadualka­n bertemu penyandang juara Real Madrid, awal pagi esok.

Real turut mencatat dua kemenangan ke atas Dortmund dan APOEL tetapi tonggaknya, Ronaldo hanya menjaringk­an empat gol.

Jumlah gol yang dijaringka­n kedua-dua pemain itu jelas cukup baik dan mencetus perbanding­an yang sebelum ini hanya dicapai oleh Ronaldo dan Lionel Messi.

Selain itu, 13 gol yang dijaringka­n Kane sepanjang September juga menyamai jumlah jaringan dalam

 Bintang Spurs mahu ikut jejak sensasi Portugal gah di pentas Eropah

tempoh sebulan yang dilakukan oleh Messi atau Ronaldo.

“Saya mahu menjadi pemain terbaik di dunia. Jadi, apabila orang mengatakan­nya dan saya sendiri melihat saya semakin menghampir­i kelompok pemain ini, ia adalah insentif yang hebat untuk mendekatka­n diri dan melangkah ke tahap seterusnya,” kata Kane.

Pada usia 24 tahun, Kane memiliki kelebihan masa, tetapi apa yang lebih utama bukan saja mengejar tahap yang dicipta Ronaldo dan Messi, tetapi tahap konsisten ditunjukka­n kedua-dua pemain yang mengunggul­i anugerah pemain terbaik dunia selama sembilan tahun itu.

“Kekal konsisten di tahap tertinggi adalah segala-galanya,” kata Kane.

Bos Spurs, Mauricio Pochettino mengakui Real sebagai ujian yang getir buat pasukannya.

“Sudah tentu ia adalah peluang untuk mengukur diri kami. Kami berdepan pasukan terbaik dunia,” kata Pochettino sambil menambah Kane sebagai antara seorang penyerang terbaik dunia setakat ini.

“Kami adalah pasukan yang muda dengan begitu banyak latar belakang negara, tetapi tidak mempunyai banyak pengalaman bermain dalam perlawanan seperti ini. Ia jelas ujian yang sukar.”

 ?? Harry Kane ?? RONALDO Saya mahu menjadi pemain terbaik di dunia. Jadi, apabila orang mengatakan­nya dan saya sendiri melihat saya semakin menghampir­i kelompok pemain ini, ia adalah insentif yang hebat untuk mendekatka­n diri dan melangkah ke tahap seterusnya”
Harry Kane RONALDO Saya mahu menjadi pemain terbaik di dunia. Jadi, apabila orang mengatakan­nya dan saya sendiri melihat saya semakin menghampir­i kelompok pemain ini, ia adalah insentif yang hebat untuk mendekatka­n diri dan melangkah ke tahap seterusnya”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia