Harian Metro

Guru dikejut empat penyamun awal pagi

- Fardy Bungga fardy@hmetro.com.my

Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dikhuatiri lemas selepas kereta dipandunya dihanyutka­n lebih 100 meter di Sungai Pegalan, berhampira­n Kampung Dang Gulat, dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi, mangsa yang dikenali sebagai Mohd Hazim Zihni Jubik, dikatakan baru menghantar teman wanitanya di kampung berkenaan dan cuba melintasi jambatan yang ditenggela­mi air akibat Kota Samarahan: Tidur nyenyak seorang guru dikejutkan dengan kehadiran empat ‘tetamu tidak diundang’ yang menyamun wang tunai dan barang berharga dianggarka­n bernilai RM20,000 di rumahnya di Kampung Meranek di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, mangsa berusia 38 tahun bersama tiga anak dan ibu serta bapa mentuanya sedang tidur di dua bilik berasingan sebelum rumah mereka dipecah masuk.

Ketua Polis Daerah

Kota Samarahan Deputi Superinten­dan Lee Chong Chern berkata, tiga daripada suspek memakai topeng dan bersenjata­kan pisau itu kemudian mengikat mangsa bersama ibu dan bapa mentuanya di dalam sebuah bilik sebelum menyelongk­ar untuk mencari barang berharga.

Menurutnya, suspek kemudianny­a menemui wang tunai RM1,500, gelang, rantai emas, jam tangan dan dua telefon bimbit, selain tablet yang nilai keseluruha­n dianggarka­n RM20,000.

“Suspek memecah masuk rumah mangsa menerusi pagar dawai yang dipotong sebelum memotong besi jeriji tingkap di bahagian belakang rumah.

“Seorang daripada suspek mengarahka­n mangsa dan ahli keluargany­a untuk menuruti arahan mereka sekiranya tidak mahu dicederaka­n, namun usaha bapa mentua mangsa yang cuba melawan menyebabka­n warga emas itu cedera di belakang badan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Samarahan, semalam.

Chong berkata, suspek kemudian melarikan diri bersama barangan berharga milik mangsa, namun meninggalk­an peralatan pecah rumah seperti pemotong besi, spanar, pemukar skru dan sarung tangan yang digunakan ketika kejadian di luar rumah.

Menurutnya, polis tidak menolak kemungkina­n suspek melarikan diri menggunaka­n kenderaan yang diletak jauh dari rumah mangsa bagi mengelak kehadiran mereka dikesan penduduk kampung.

Katanya, suspek yang dipercayai dari Indonesia itu mensasarka­n rumah yang dibina dalam jarak jauh antara satu sama lain, selain memfokuska­n kawasan kampung untuk melakukan jenayah khususnya pada awal pagi.

“Usaha mengesan suspek kini sedang giat dijalankan berdasarka­n maklumat diperoleh daripada mangsa dan risikan polis menerusi Ops Rantau,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba memeriksa kereta Perodua Kenari yang dipercayai milik mangsa
selepas dihanyutka­n lebih 100 meter dalam kejadian di Sungai Liawan berhampira­n Kampung
Dangulad, Keningau.
ANGGOTA bomba memeriksa kereta Perodua Kenari yang dipercayai milik mangsa selepas dihanyutka­n lebih 100 meter dalam kejadian di Sungai Liawan berhampira­n Kampung Dangulad, Keningau.
 ??  ?? CHONG (tengah) menunjukka­n peralatan pecah rumah yang ditinggalk­an suspek.
CHONG (tengah) menunjukka­n peralatan pecah rumah yang ditinggalk­an suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia