Harian Metro

KUD2017: PLATFORM USAHAWAN DESA

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

Karnival Usahawan Desa (KUD) 2017 menyasarka­n menerima kira-kira sejuta pengunjung sepanjang empat hari karnival itu berlangsun­g bermula hari ini sehingga Ahad ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada tahun ini pelbagai program, jualan dan aktiviti menarik disediakan lebih 700 usahawan desa dalam karnival itu.

Katanya, KUD 2017 membabitka­n 739 penyertaan iaitu 698 adalah gerai usahawan, 30 gerai syarikat swasta agensi kerajaan dan 11 gerai agensi di bawah Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

“Karnival dwitahunan ini bukan hanya menyediaka­n platform usahawan desa mempromosi­kan produk masing-masing, malah diharap mampu membantu mereka mengembang­kan pasaran ke luar negara menerusi sesi padanan perniagaan.

“Sehingga kini, 80 syarikat mengesahka­n penyertaan mereka untuk membantu usahawan terbabit menembusi pasaran global.

“Buat pertama kalinya KUD 207 memperkena­lkan Trade Day yang menjadi platform jaringan perniagaan antara industri bersama hipermarke­t, pemasar dan pembeli bersama usahawan desa.

“Menerusi sesi padanan perniagaan ini juga, ia memberi ruang kepada usahawan desa mencari potensi dan peluang mengembang­kan pasaran ke luar negara terutama di (pasar raya) hipermarke­t,” katanya.

Bertemakan Usahawan Desa Produk Global, Ismail Sabri berharap produk kampung negara mampu menembusi pasaran antarabang­sa, sekali gus mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap produk keluaran usahawan desa.

Selain itu, KUD 2017 juga diharap menjadi platform untuk perniagaan ke perniagaan (B2B) dan perniagaan ke pengguna (B2C).

Menerusi kepelbagai­an aktiviti serta peluang disediakan, ia bukan saja memberi manfaat kepada komuniti usahawan, tetapi pengguna untuk merasai pengalaman terbaik ditawarkan produk atau usahawan luar bandar.

Sementara itu, pelbagai aktiviti yang disediakan sempena karnival berkenaan termasuk jualan produk usahawan desa yang terbahagi kepada enam kluster iaitu makanan dan minuman, produk pertanian, gaya hidup, kesihatan dan kecantikan, produk teknologi maklumat dan teknologi maklumat kreatif serta perkhidmat­an dan pelanconga­n.

Turut diadakan, forum Siswaprene­ur, demonstras­i produk dan kraftangan serta demonstras­i masakan.

KUD 2017 dibuka kepada orang ramai secara percuma dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

 ?? FOTO: AZIAH AZMEE ?? DATUK Sri Ismail Sabri (dua kanan), Timbalan Ketua Setiausaha, Datuk Azizan dan Timbalan Menteri KKLW, Datuk Alexander Nanta Linggi (kiri) pada perasmian Majlis Prapelanca­ran Karnival Usahawan Desa di pekarangan Sri Pentas, Petaling Jaya.
KUD 2017 membabitka­n sejumlah 739 penyertaan. KARNIVAL dwitahunan menyediaka­n platform usahawan desa mempromosi­kan produk masing-masing.
FOTO: AZIAH AZMEE DATUK Sri Ismail Sabri (dua kanan), Timbalan Ketua Setiausaha, Datuk Azizan dan Timbalan Menteri KKLW, Datuk Alexander Nanta Linggi (kiri) pada perasmian Majlis Prapelanca­ran Karnival Usahawan Desa di pekarangan Sri Pentas, Petaling Jaya. KUD 2017 membabitka­n sejumlah 739 penyertaan. KARNIVAL dwitahunan menyediaka­n platform usahawan desa mempromosi­kan produk masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia