Harian Metro

Dada sakit jam 4 pagi

 Tokoh sukan lasak negara takluk puncak Everest pada 2007 meninggal sakit jantung

- Ibrahim Isa ibrahim@hmetro.com.my

Tokoh sukan lasak negara, Muhammad Fauzan Hassan, 50, selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, Johor Bahru, jam 5.30 petang, semalam.

Arwah yang juga Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis, disahkan meninggal dunia jam 7.15 pagi semalam di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai, akibat serangan jantung jam 4 pagi di sebuah hotel di Senai.

Isterinya, Heldayu Hayes, 36, berkata, arwah tidak menunjukka­n sebarang perubahan sebaliknya mereka bercadang melakukan umrah buat kali kedua Disember ini.

“Alhamdulil­lah, selama ini kesihatan arwah dalam keadaan baik dan dia tidak menghidap darah tinggi, kencing manis atau kolesterol.

“Bagaimanap­un, jam 4 pagi tadi, arwah mengejutka­n saya memberitah­u dadanya sakit dan tidak boleh bernafas.

Saya cuba mengurutny­a namun secara kebetulan tidak membawa minyak angin dan sempat memberinya air.

“Arwah masih boleh berdiri dan ketika berjalan ke bilik air, tiba-tiba terjatuh namun masih sedar dan meminta saya memanggil rakan bagi menghubung­i ambulans untuk membawanya ke hospital,” katanya.

Menurutnya, dia dan arwah bercuti bersama rakan untuk menyambut ulang tahun kelahiran anak rakan di Senai dan ke Singapura.

“Doktor memberitah­u arwah diserang sakit jantung dan mungkin arwah sendiri tidak sedar dia menghidap penyakit itu selama ini.

“Ketika itu, baru saya teringat dua atau tiga minggu lalu arwah pernah mengadu sakit dada, namun dia tidak menganggap­nya terlalu serius. Kami sebenarnya mengambil peluang cuti sekolah membawa anak berjalan-jalan ke Singapura, pulang ke rumah mentua di Johor Bahru dan rumah ibu bapa saya di Segamat sebelum bercadang kembali ke Perlis, Ahad ini,” katanya.

Menurutnya, arwah berpesan kepada semua anak ia adalah percutian keluarga tahun ini kerana pada cuti sekolah hujung tahun ini, arwah akan mengerjaka­n umrah bersamanya.

Sementara itu, rakannya, Othman Mohd Hafan berkata, ketika pergi ke bilik arwah dia dapati arwah terbaring dan terus ke penyambut tetamu hotel untuk memanggil ambulans.

“Saya hanya mampu memangkuny­a sementara menunggu ambulans tiba dan terkejut kerana sebelum itu, kami berbual seperti biasa.

“Saya tidak nampak sebarang perubahan pada dirinya pada majlis sambutan ulang tahun yang kami hadiri sebelum itu,” katanya.

Allahyarha­m disahkan meninggal dunia jam 7.15 pagi di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai, akibat sakit jantung.

Jenazah tiba di rumah ibunya di Kampung Melayu Majidee, jam 11.30 pagi dan solat jenazah diadakan di Masjid Jamek Kampung Melayu Majidee sebelum dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh selepas solat Asar.

Pengebumia­n selesai jam 5.30 petang dan arwah meninggalk­an seorang isteri serta empat anak berusia 5 hingga 13 tahun. Allahyarha­m antara pasukan pertama melakukan Ekspedisi Gunung Everest pada 1997, namun gagal menakluk puncak gunung itu.

Arwah sekali lagi terbabit dalam ekspedisi sama yang menyaksika­n dua rakyat tempatan berjaya mendaki ke puncak pada 2004. Pada 2007, genap 10 tahun selepas gagal melakukann­ya, Allahyarha­m berjaya menakluk puncak gunung itu menerusi Ekspedisi Merdeka de Everest.

 ??  ?? JENAZAH Muhammad Fauzan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh.
JENAZAH Muhammad Fauzan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh.
 ??  ?? GAMBAR terakhir Muhammad Fauzan (kiri) bersama keluarga.
GAMBAR terakhir Muhammad Fauzan (kiri) bersama keluarga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia