Harian Metro

Kemelut tak sudah

- Ridzuan Abdul Rahman

Pemain bass kumpulan XPDC, Zua berharap pemain gitar, Izo memberikan kerjasama bagi membantu menyelesai­kan kemelut dihadapi berkaitan kontrak mereka dengan syarikat rakaman Life Records.

Zua atau nama sebenarnya Azuar Mat Tasi kini menganggot­ai XPDC bersama Mael (penyanyi), Amy (dram) dan Jeff (gitar), manakala Izo bersama Ali (penyanyi), Eddie (bass) dan Lola (dram) turut menggunaka­n nama XPDC.

Zua berkata, Life Records membenarka­n nama XPDC digunakan kedua-dua pihak dengan syarat semua anggota asal XPDC menandatan­gani surat dikeluarka­n.

“Izo enggan tandatanga­n surat pelepasan. Jika dia turunkan tandatanga­n, baru mereka ikut tandatanga­n surat pelepasan dimaksudka­n.

“Jika sebaliknya, kedudukan kami tidak ke mana. Kami ada kontrak reunion XPDC membabitka­n saya, Izo dan Amy yang ketika ini

 Zua mohon Izo tandatanga­n pelepasan kontrak XPDC

tergantung,” katanya.

Menurutnya, dalam situasi sekarang tiada pihak berani melaburkan modal untuk lagu dan album terbaru mereka.

“Apa yang ada hanya secara lisan dan ia bukan jaminan. Kami nak ia dibuat secara hitam putih sebagai bukti kami sudah bebas.

“Menerusi cara ini baru penaja datang. Kalau mereka nak pandai-pandai sendiri, susah juga nanti kalau kena saman dengan Life Records,” katanya.

Menurutnya, banyak agenda mereka untuk XPDC tertangguh hanya kerana perkara ini.

“Izo hanya perlu tandatagan dan sekiranya dia dan anggota lain mahu kembali dengan Life Records, ia tidak jadi masalah. Kami juga buat perubahan dari segi logo dengan memperkena­lkan identiti masing-masing. Kami adalah XPDC Kita Pengyu,” katanya.

Sementara itu, Izo atau nama sebenarnya Mohd Zulkifly Nik Hussin berkata, surat dikeluarka­n Life Records itu membawa maksud komitmen mereka selama ini ditunaikan.

“Ia tanda tanggungja­wab kami terhadap Life Records dijalankan dengan baik. Mereka keluarkan surat pelepasan kerana tidak mahu mengikat kami.

“Sesiapa yang tandatanga­n surat itu bermakna dia bersetuju dengan kandungann­ya termasuk memperakui logo dan nama XPDC hak milik Life Records,” katanya.

Menurutnya, dia enggan menurunkan tandatanga­n kerana perlu merujuk dengan anggota lain serta peguam sebelum membuat keputusan.

“Saya takut jika saya turunkan tandatanga­n, adakah membabitka­n anggota kumpulan saya yang lain dan saya tidak mahu berlaku kerugian.

“Dia (Zua) tandatanga­n itu sebenarnya tiada kena mengena dengan saya. Kami bukan satu kumpulan. Itu hal dia dan saya dengan hal sendiri,” katanya.

Izo berkata, apa-apa yang berlaku urusannya sendiri dan dia tidak mahu menjadi mangsa dipersalah­kan dalam perkara ini.

“Siapa yang tandatanga­n dikira bersetuju dengan apa dinyatakan dalam surat itu. Secara automatik mereka bebas.

“XPDC berpecah dan kontrak atas nama individu, bukan berkumpula­n. Sepatutnya mereka bebas dan boleh buat apa saja sekarang,” katanya.

Izo berkata, Zua perlu mengikut syarat ditetapkan iaitu nama dan logo XPDC hak milik Life Records dan mereka perlu merujuk kepada syarikat rakaman itu.

Harian Metro sebelum ini melaporkan nama dan logo XPDC dipaten Life Records sejak 1 Julai 1998 dan ia hak mutlak syarikat terbabit, bukan anggota XPDC.

Pengurus Promosi dan Pemasaran Life Records Sariah Idris dipetik sebagai berkata, pihaknya tidak menghalang anggota kumpulan itu menggunaka­n nama XPDC, tetapi penganjur persembaha­n mereka perlu menulis surat dan meminta kebenaran Life Records untuk menggunaka­n nama dan logo kumpulan itu.

 ??  ?? KUMPULAN XPDC (dari kiri) Eddie, Ali, Lola dan Izo.
KUMPULAN XPDC (dari kiri) Eddie, Ali, Lola dan Izo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia