Harian Metro

Aeril ajak Datuk jumpa tapi...

-

Kuala Lumpur: Ahli perniagaan berpangkat Datuk yang didakwa menipu pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal membabitka­n RM100,000 tampil menghubung­i pelakon itu tiga hari lalu.

Aeril berkata, dia mendapat mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada Datuk itu selepas membuat laporan polis dan memuat naik status di laman Instagram miliknya.

“Dia hantar mesej bertulis, ‘segala kebenaran terjawab tidak lama lagi’. Saya tidak faham dan kurang jelas dengan apa dimaksudka­nnya.

“Saya balas mesej itu dan ajak dia jumpa, tetapi dia tidak beri maklum balas. Saya mahu jumpa bagi menyelesai­kan masalah ini,” katanya.

Aeril berkata, dia tidak berniat memalukan individu itu dengan memuat naik gambar di Instagram sebaliknya mahu menuntut haknya.

“Jumlah RM100,000 bukan sikit. Jadi, saya tetap berjuang mendapatka­n semula wang saya. Saya ajak jumpa supaya masalah ini diselesaik­an segera.

“Saya faham ketika ini dia mungkin ada masalah dan kalau minta sekali gus pun bukan dia boleh bagi. Dapat separuh dulu pun okay. Saya hanya mahu wang dan hak saya semula. Saya harap dia faham situasi saya,” katanya.

Terdahulu, pada 1 Oktober lalu Aeril dan Wawa membuat laporan polis terhadap seorang ahli perniagaan bergelar Datuk yang didakwa menipu mereka RM100,000.

Menerusi laporan itu, Aeril mendakwa wang itu diserahkan secara tunai kepada lelaki itu pada Mac tahun lalu bagi tujuan menghasilk­an produk minyak wangi.

 ??  ?? AERIL dan Wawa dakwa ditipu ‘Datuk’ berkaitan perniagaan minyak wangi.
AERIL dan Wawa dakwa ditipu ‘Datuk’ berkaitan perniagaan minyak wangi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia