Harian Metro

Sekat syabu RM125 juta

- Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail rabiatul@hmetro.com.my

 Polis Thailand tahan suspek dibayar RM2,551 untuk seludup ke Malaysia

Seorang lelaki warga Thailand gagal menyeludup 508 kilogram (kg) syabu dianggarka­n bernilai RM125 juta (1 bilion Baht) ke negara ini apabila ditahan di stesen keretapi Bui Yai, daerah Nakhon Ratchasima, Thailand, kelmarin.

Memetik portal berita Bangkok Post, Ketua Polis Thailand Jeneral Chaktip Chaijinda berkata, polis menerima panggilan daripada penduduk tempatan memaklumka­n sebuah pacuan empat roda ditinggalk­an berhampira­n tokong di Nakhon Ratchasima, jam 12.30 tengah hari.

Menurutnya, pihaknya bergegas ke lokasi dan pemeriksaa­n menemui 508 paket syabu seberat sekilogarm setiap satu disembunyi­kan dalam 11 guni baja dan diletak di belakang pacuan empat roda itu.

“Kami memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis berhampira­n dan mengesan kedudukan suspek sebelum menahannya di stesen keretapi berhampira­n.

“Suspek bersama seorang rakan jenayah dipercayai meninggalk­an pacuan empat roda itu di tepi jalan selepas menyedari ada sekatan jalan raya beberapa meter dari rumah ibadat itu.

“Berdasarka­n keterangan awal suspek, dia mengaku dibayar satu sindiket RM2,551 (20,000 Bhat) untuk membawa dadah itu dari Nakhon Phanom ke satu lokasi tidak diketahui.

“Suspek hanya diberikan laluan yang perlu digunakan membabitka­n enam daerah sebelum menunggu arahan lanjut menerusi panggilan telefon,” katanya.

Menurut Chaktip, berdasarka­n laluan digunakan, syabu itu dipercayai dalam proses dihantar ke Malaysia melalui selatan Thailand.

“Siasatan masih dijalankan dan kami mengesan rakan jenayah suspek serta menyiasat dalang di sebalik penghantar­an itu,” katanya.

 ??  ??
 ?? FOTO: BERNAMA ?? POLIS Thailand menunjukka­n syabu yang dirampas di Nakhon Ratchasima, kelmarin.
SYABU yang dipercayai dalam proses untuk diseludup ke Malaysia.
FOTO: BERNAMA POLIS Thailand menunjukka­n syabu yang dirampas di Nakhon Ratchasima, kelmarin. SYABU yang dipercayai dalam proses untuk diseludup ke Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia