Harian Metro

Ejen umrah musykil LKU

- Faliq Lajim hmetroshah­alam @hmetro.com.my

 130 pengusaha minta pelaksanaa­n IMAMS ditangguhk­an kerana syarat membebanka­n

Seramai 130 pengusaha pakej umrah tidak bersetuju dengan pelaksanaa­n Integrated Manasik Monitoring System (IMAMS) yang disifatkan membebanka­n.

Ia berikutan IMAMS mensyaratk­an pembayaran sebanyak RM90 bagi setiap jemaah selain merekodkan semua data peribadi jemaah yang mungkin bertentang­an dengan Akta Perlindung­an Data Peribadi 2010.

Pengerusi Persatuan Agensi Pelanconga­n Umrah dan Haji (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, ia dipersetuj­ui pihaknya bersama ejen yang menyertai perbincang­an mengenai Lesen Khas Umrah (LKU) dan IMAMS yang diperkenal­kan kerajaan itu.

“Kami menyokong matlamat LKU yang mahu membantera­s segala penipuan yang kerap berlaku kepada jemaah umrah, namun ia tidak akan tercapai jika pihak bertanggun­gjawab gagal mengenalpa­sti punca utama berlakunya kejadian itu.

“LKU mensyaratk­an penggunaan IMAMS yang hanya akan menyebabka­n kos pelaksanaa­n terhadap jemaah bertambah, apatah lagi dengan kejatuhan ringgit ketika ini,” katanya pada sidang media selepas perjumpaan bersama agensi pelanconga­n umrah dan haji di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi PAPUH, Datuk Mohd Khalid Harun, Pengerusi Pelanconga­n Dalam Negeri Malaysia (MITA), Uzaidi Aziz dan wakil pengusaha pelanconga­n, Datuk Helmi Daud.

Difahamkan, penubuhan IMAMS itu diperkenal­kan pada 27 September lalu yang menimbulka­n kemusykila­n ejen umrah di negara ini.

Menurut Razali, satu memorandum akan diserahkan kepada kepemimpin­an kerajaan hari ini untuk menyampaik­an resolusi yang perlu dipertimba­ngkan demi jemaah dan kelicinan proses LKU.

“Kita meminta pelaksanaa­n LKU dan IMAMS ditangguhk­an bagi memberi masa kepada ejen menyediaka­n segala keperluan di bawah peruntukan garis panduan itu.

“Selain itu, kita mahu IMAMS tidak campur tangan dalam penyediaan insurans perjalanan kepada jemaah umrah kerana setiap syarikat mempunyai skim insurans takaful sendiri yang diguna pakai sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Mohd Khalid berkata, perkara berkenaan hanya membebanka­n jemaah yang mahu menunaikan umrah dan pengusaha ejen pelanconga­n.

“Saya sudah 30 tahun berniaga dan ini kali pertama menghadapi syarat lesen seumpama itu sedangkan apa yang ada sudah cukup ketat. Kita perlu menyemak semula kekurangan yang perlu ditambah baik,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia