Harian Metro

Orang tengah

-

ikan berkenaan.

“Contoh, apabila pengguna ingin menggunaka­n ikan dalam kuantiti satu atau dua ekor mereka tidak perlu membawa keluar ikan satu plastik dan hanya mengambil dengan jumlah yang mereka mahu saja di dalam peti sejuk mereka kerana ia dipek secara berasingan.

“Konsep penyimpana­n ikan IQF ini sama juga seperti menyimpan ikan di rumah dan oleh itu kesegaran ikan terjamin.

“Semua ikan yang melalui proses sejuk beku ini dibeli terus daripada nelayan terutama pada musim ikan mudah diperoleh,” katanya.

Menurutnya, buat masa ini lapan jenis ikan iaitu kembung, pelaling, selayang, selar, cencaru, tongkol, tilapia dan keli akan disejukbek­ukan.

Di Kota Bharu, Pengarah LKIM Kelantan Azib Yaacob berkata, sumber ikan tempatan dikesan berkuranga­n sejak beberapa tahun sekali gus mendorong harganya dinaikkan.

“Jika sebelum ini, bekalan ikan yang diperoleh banyak dan cukup untuk menampung keperluan penduduk di negeri ini, malah ada yang dieksport ke luar negara.

“Bagaimanap­un, situasi itu mulai berubah apabila jumlah ikan menurun dan turut menjejaska­n tangkapan nelayan.

“Antara spesies ikan yang berkuranga­n tetapi menjadi pilihan orang ramai adalah selar, selayang dan kembung.

“Kini, bekalan ikan diimport dari negeri lain termasuk Thailand untuk menampung permintaan. Keadaan itu juga mendorong harga naik,” katanya.

 ??  ?? ORANG ramai membeli jualan hasil laut yang dijual dengan separuh harga pada Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 dan Festival Makanan Malaysia di Maeps Serdang.
ORANG ramai membeli jualan hasil laut yang dijual dengan separuh harga pada Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 dan Festival Makanan Malaysia di Maeps Serdang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia