Harian Metro

‘Bijak beli ikan lebih murah’

-

Kuala Lumpur: Pengguna tidak seharusnya bersikap statik, sebaliknya perlu bijak membuat pilihan bagi mengelakka­n mereka berasa terbeban dengan harga ikan di pasaran.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) Ahmad Rudin Hussain berkata, mereka tidak sepatutnya bergantung kepada satu jenis ikan apatah lagi dalam keadaan ekonomi sekarang tidak menentu.

“Saya harap pengguna bijak. Contohnya, jika harga ikan pelaling mahal, mereka sepatutnya memilih ikan lain untuk dibeli. Jangan bergantung pada satu jenis ikan.

“Dalam keadaan ekonomi sekarang, kita kena pandai membuat pilihan, memilih ikan jenis lain yang agak murah seperti cencaru ataupun ayam,” katanya ketika diminta mengulas mengenai harga ikan yang agak tinggi mutakhir ini.

Menyentuh perbezaan harga ikan di Lembah Klang dengan negeri tertentu seperti Kedah dan Perlis, katanya, harga berbeza kerana faktor kos penghantar­an seperti kos bahan api dan ais yang digunakan.

“Jika hendak dibandingk­an dengan Lembah Klang, memanglah harga ikan agak mahal kerana peniaga terpaksa menanggung kos pengangkut­an dan perlu memasukkan ais. Mereka pun hendak mendapatka­n untung,” katanya.

Katanya, sekarang musim tangkapan pelaling dan cencaru dengan setiap bot kecil biasanya secara purata dapat menaikkan hasil tangkapan 100 hingga 200 kilogram manakala bot besar satu hingga dua tan.

Di Kuantan, Pengerusi Persatuan Nelayan Pahang (PENERPA) Zulkiflee Md Yusof berkata, pengguna boleh mendapatka­n ikan segar beku Q’Fish jika mereka merasakan harga ikan ketika ini mahal dan melambung tinggi.

Ikan segar beku Q’Fish merangkumi pelbagai jenis ikan termasuk kembung, cencaru, selayang dan tongkol yang boleh didapati dengan harga berpatutan iaitu di bawah RM10 bagi satu kilogram.

“Walaupun ia disejukbek­ukan, kualitinya tetap sama dengan ikan segar dijual di pasar basah, malah stoknya pula stabil,” katanya.

Ikan segar beku Q’Fish adalah penjenamaa­n semula Program Ikan Rakyat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang menawarkan ikan berkualiti sebagai pilihan dengan harga berpatutan kepada pengguna.

Zulkiflee berkata, pihaknya sedar rungutan daripada pengguna berhubung isu berkenaan namun penetapan harga ikan bukan di bawah kawalannya.

Katanya, mereka sedar pengguna berasa terhimpit ditambah pula kos sara hidup semakin tinggi namun tidak wajar untuk menyalahka­n nelayan sepenuhnya berikutan kenaikan harga bahan basah itu.

 ?? Zulkiflee Md Yusof ?? Walaupun ikan segar beku Q’Fish disejukbek­ukan, kualitinya tetap sama dengan ikan segar dijual di pasar basah, malah stoknya pula stabil”
Zulkiflee Md Yusof Walaupun ikan segar beku Q’Fish disejukbek­ukan, kualitinya tetap sama dengan ikan segar dijual di pasar basah, malah stoknya pula stabil”
 ?? Ahmad Rudin Hussain ?? Dalam keadaan ekonomi sekarang, kita kena pandai membuat pilihan, memilih ikan jenis lain yang agak murah seperti cencaru ataupun ayam”
Ahmad Rudin Hussain Dalam keadaan ekonomi sekarang, kita kena pandai membuat pilihan, memilih ikan jenis lain yang agak murah seperti cencaru ataupun ayam”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia