Harian Metro

Cekal lawan kanser tulang

-

Bukit Mertajam: Tiga tahun menghidap kanser tulang tahap empat, namun kecekalan seorang remaja melawan penyakitny­a itu membuatkan dia kini mampu bersekolah walaupun terpaksa berkerusi roda.

Fazril Hakimi Ahmad, 13, anak bongsu daripada empat beradik sebelum ini terpaksa ‘ponteng sekolah’ selama dua tahun selepas menghidap kanser tulang pada awal bulan Januari 2014, namun kini dia sudah menunjukka­n perubahan dan mampu ke sekolah menggunaka­n kerusi roda.

Kecekalann­ya melawan kanser itu turut dibantu dengan pengorbana­n keluarga terutama bapanya, Ahmad Shaari, 53, yang sanggup berhabis wang simpanan semata-mata mahu memastikan Fazril Hakimi pulih daripada penyakitny­a itu.

Fazril Hakimi mendapat rawatan di Wad Pediatrik Hospital Pulau Pinang (HPP) selama dua tahun, sekali gus tidak dapat bersekolah pada 2014 dan 2015 iaitu ketika berada di tahun empat dan lima.

Menurutnya, sebelum Fazril Hakimi disahkan menghidap kanser tulang, dia dan isteri sudah menyedari berlaku perubahan terhadap tubuh badan anak mereka itu yang tidak membesar dan menjadi susut.

“Setiap kali hendak tidur ketika malam, dia sering meronta kesakitan terutama pada bahagian lutut kaki kirinya hinggalah ia mula membengkak dan terpaksa menjalani pembedahan di bahagian kaki kirinya sebanyak empat kali bermula 2015 sehingga April lalu selain menjalani kimoterapi hampir 20 kali.

“Ketika itu, kami tertekan dan buntu apabila perlu menyediaka­n kos RM42,000 untuk membeli sebatang besi bagi menggantik­an tulang paha dari bahagian atas hingga bawah lutut di kaki kirinya yang dikeluarka­n pada pembedahan pertama pada 2015,” katanya yang bekerja sebagai pemandu lori.

Dia berkata, Allah SWT mendengar doa dan rintihanny­a apabila sebuah kelab motosikal berkuasa tinggi prihatin dengan nasib anaknya dan menyalurka­n sumbangan RM35,000 selain menerima bantuan Zakat Pulau Pinang (ZPP) RM5,000 serta sedikit simpananny­a RM2,000, sekali gus dapat melakukan pembedahan terbabit.

Sungai Petani: Berbekalka­n wang bantuan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) digunakan sebuah keluarga yang dihimpit kesusahan bagi menampung kehidupan seharian mereka.

Roslan Ibrahim, 47, hilang punca pendapatan selepas terbabit dalam kemalangan, Jun tahun lalu menyebabka­n tulang betis kanan hancur dan kaki mengecil sehingga terpaksa bergantung kepada tongkat untuk bergerak.

Katanya, sebelum ini dia menerima pendapatan RM70 sehari hasil kerja sebagai tukang rumah, namun kini hanya bergantung kepada bantuan JKM dan barangan keperluan daripada pejabat zakat.

“Lebih teruk, isteri saya (Siti Noor Liana Mohd Rasmi, 36) juga tidak mampu bekerja kerana menghidap penyakit barah otak.

“Dengan wang RM300 itulah digunakan membayar sewa rumah RM120 sebulan, bil elektrik dan air dan bakinya digunakan untuk membeli barangan lain,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di Kampung Siam, Bedong, di sini, kelmarin.

Bagaimanap­un, katanya, mereka bernasib baik apabila kos rawatan pembedahan penyakit isterinya yang dilakukan sebelum ini bernilai hampir RM30,000 dibiaya sepenuhnya JKM.

“Biarpun kami menerima bantuan JKM dan zakat, namun ia tidak mencukupi dan kini saya tidak tahu di mana hendak mendapatka­n wang tambahan bagi kegunaan sekeluarga selain kos untuk berulang-alik ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar dan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan susulan.

Menurutnya, akibat kesempitan hidup itu, anak lelakinya, Nur Akmalrizan, 16 terpaksa dihantar ke Rumah Anak Yatim, Kampung Keda, Sungai Layar manakala anak perempuann­ya Nurdiana Atira, 12, yang belajar di Sekolah Kebangsaan Sri Aman, Bedong bekerja sebagai pembantu kedai makan setiap kali cuti sekolah dan perlu menyara seorang lagi anak, Nurdiana Arisya berusia lima tahun.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurka­n bantuan di akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) bernombor 0211529000­141466 atas nama Siti Noor Liana Mohd Rasmi.

 ?? Roslan Ibrahim ?? ROSLAN bersama ahli keluarga ketika ditemui di rumahnya di Kampung Siam, Bedong.
Lebih teruk, isteri saya juga tidak mampu bekerja kerana menghidap penyakit barah otak”
Roslan Ibrahim ROSLAN bersama ahli keluarga ketika ditemui di rumahnya di Kampung Siam, Bedong. Lebih teruk, isteri saya juga tidak mampu bekerja kerana menghidap penyakit barah otak”
 ??  ?? FAZRIL bersama ibunya ketika waktu rehat pada sesi persekolah­an petang.
FAZRIL bersama ibunya ketika waktu rehat pada sesi persekolah­an petang.
 ??  ?? BESI yang digunakan bagi menggantik­an tulang paha di kaki kiri Fazril.
BESI yang digunakan bagi menggantik­an tulang paha di kaki kiri Fazril.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia