Harian Metro

Menu ‘ayam’ bawah umur

Pusat urut sedia khidmat istimewa lima wanita Myanmar diserbu

- Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail rabiatul@hmetro.com.my

Gadis bawah umur dari Myanmar antara ‘menu baru’ ditawarkan pusat urut di Bandar Puteri Puchong, di sini, bagi menarik pelanggan biarpun premis itu sudah dua kali diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Pada serbuan kelmarin, diketuai Timbalan Penolong Pengarah JIM Putrajaya Mohd Yuzaiman Ahmad, lima pelayan pelanggan (GRO) warga Myanmar berusia 16 tahun hingga 23 tahun ditahan.

Turut ditahan 11 wanita warga Vietnam, Filipina dan Indonesia selain tiga lelaki warga tempatan yang juga majikan mereka.

Jurucakap JIM berkata, pusat urut yang menawarkan khidmat seks itu masih beroperasi kerana sokongan pelanggan.

“Ia menawarkan urutan istimewa gadis Myanmar dengan bayaran RM128 sebagai tarikan terbaru.

“Pemeriksaa­n mendapati wanita warga asing itu melanggar syarat permit dan ada yang tidak mempunyai dokumen.

“Mereka disiasat mengikut Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan 1963 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Tiga lelaki terbabit pula disiasat mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 kerana menggaji pendatang asing tanpa izin (PATI).

Katanya, pada serbuan berasingan di pusat hiburan berhampira­n, JIM Putrajaya menahan 19 wanita dan seorang lelaki warga asing kerana melakukan kesalahan melanggar syarat permit dan tiada dokumen sah mengikut Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan 1963 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Pada serbuan berasingan Op Pintu di Pangsapuri Seri Dahlia, Bandar Sri Putra, Kajang, JIM Putrajaya menahan sembilan lelaki dan tiga wanita warga asing kerana tinggal melebihi masa serta tidak mempunyai dokumen sah.

“Serbuan dilakukan hasil aduan penduduk yang tidak senang dengan kehadiran warga asing di kawasan terbabit kerana mengancam keselamata­n mereka,” katanya.

 ??  ?? GRO warga asing yang ditahan di pusat hiburan di Puchong.
GRO warga asing yang ditahan di pusat hiburan di Puchong.
 ??  ?? LELAKI tempatan yang ditahan kerana menggaji dan melindungi warga asing.
LELAKI tempatan yang ditahan kerana menggaji dan melindungi warga asing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia