Harian Metro

4 penjenayah berpistol kebas 10 dulang emas

-

Kajang: Empat penjenayah bersenjata­kan tukul besi dan objek dipercayai pistol merompak sebelum melarikan 10 dulang emas di kedai emas dalam sebuah pasar raya jam 8 malam, semalam.

Penjenayah, semuanya lelaki, turut mencederak­an seorang pekerja kedai emas berkenaan.

Saksi kejadian mahu dikenali sebagai Razak, 35, berkata, kejadian berlaku ketika dia berada di lokasi berhampira­n.

“Saya lihat empat penjenayah masuk ke kedai emas itu dan mengarahka­n empat pekerja supaya tidak berbuat apa-apa.

“Penjenayah membawa tukul besi, objek menyerupai pistol dan beg. Mereka kemudian memecahkan rak pameran barangan kemas.

“Seorang pekerja kedai emas itu cedera di kepala akibat dipukul seorang daripada penjenayah. Kejadian berlaku dengan pantas dan kurang lima minit kemudian, mereka melarikan diri dengan menaiki Proton Waja kelabu,” katanya ditemui di lokasi.

Razak berkata, kejadian itu pertama kali berlaku membabitka­n kedai emas berkenaan.

Katanya, ketika kejadian, dia difahamkan pengawal keselamata­n tiada di lokasi.

“Pekerja yang cedera dibawa ke hospital oleh kakitangan perubatan yang tiba tidak lama kemudian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusof ketika dihubungi mengesahka­n mengenai kejadian terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia