Harian Metro

Lapan tahun dicabul bapa angkat

-

Petaling Jaya: Pelajar tingkatan lima mendakwa dicabul beberapa kali oleh bapa angkatnya di sebuah rumah di PJS 1/52, sejak 2009.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku apabila remaja perempuan terbabit diambil menjadi anak angkat oleh suspek berusia 49 tahun pada 15 November 2009 selepas kematian bapa.

“Difahamkan, ibu mangsa berasal dari China dan pulang ke republik terbabit selepas menyerahka­n remaja itu untuk dijaga oleh suspek yang juga paderi.

“Selepas beberapa bulan tinggal di rumah lelaki terbabit, mangsa mendakwa dia mula diganggu suspek yang kemudian mencabulny­a selain dipaksa melakukan seks oral.

“Suspek turut mengugut untuk mencederak­an mangsa sekiranya memaklumka­n perbuatann­ya itu kepada orang lain,” katanya, semalam.

Menurut sumber, kejadian berterusan sehingga mangsa berusia 17 tahun dan pada 7 Oktober lalu, remaja terbabit melarikan diri dari kediaman berkenaan kerana tidak tahan dengan perbuatan suspek.

“Mangsa kemudian menghubung­i ibunya untuk memaklumka­n kejadian dan susulan itu, remaja terbabit membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, 8 Oktober lalu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan berhubung kes berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Seksual Kanak-Kanak 2017,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia