Harian Metro

Pelancong seronok rai pesta cahaya

-

Kuala Lumpur: Deepavali atau pesta cahaya disambut secara sederhana oleh penganut agama Hindu di seluruh negara, semalam.

Selain tradisi kunjung-mengunjung ke rumah saudara-mara dan rakan, amalan ritual keagamaan juga tidak dilupakan.

Tinjauan Harian Metro di kuil Sri Subramaniy­ar Swamy, Batu Caves mendapati ribuan penganut agama hindu mengunjung­i rumah ibadat itu seawal jam 8 pagi.

Perayaan itu turut menarik tumpuan ramai pelancong asing yang tidak melepaskan peluang meraikan sambutan pesta cahaya itu di samping menikmati aneka juadah yang dijual peniaga di kawasan berkenaan.

Bagi pasangan Andrey Stepaneko dan Alexandra, masing-masing berusia 25 tahun dari Moscow, Russia, kunjungan kali pertama mereka ke negara ini lebih bermakna apabila berpeluang meraikan kemeriahan sambutan Deepavali.

Menurut Andrey, mereka dalam percutian selama tiga minggu di beberapa negara di Asia Tenggara dan selepas ini ke Pulau Langkawi sebelum ke Indonesia.

“Sebenarnya, tiada perancanga­n ke sini (Batu Caves) tetapi selepas membaca pelbagai komen serta cadangan di laman sosial, kami mengambil keputusan merasai kemeriahan sambutan berkenaan.

“Ternyata, ia keputusan berbaloi kerana ribuan pengunjung hadir dengan pakaian berwarna-warni dan kami juga melihat sendiri ritual keagamaan mereka.

“Jika ada peluang, kami ingin kembali lagi ke Malaysia tahun depan untuk meraikan sambutan Tahun Baru Cina atau Aidilfitri yang dikatakan sungguh meriah,” katanya. Sementara itu, Helena Martin, 30, dari Vancouver, Kanada, berkata, ia pengalaman menakjubka­n untuk melihat sambutan yang hebat bersama rakannya.

Katanya, sebelum ini dia hanya mengetahui­nya daripada media dan Internet tetapi kali ini berpeluang mengalami sendiri kemeriahan sambutan pesta cahaya.

 ??  ?? ANDREY dan Alexandra berswafoto di Batu Caves sempena sambutan Deepavali, semalam.
ANDREY dan Alexandra berswafoto di Batu Caves sempena sambutan Deepavali, semalam.
 ??  ??
 ??  ?? SUASANA perayaan Deepavali di kuil Sri Subramaniy­ar Swamy, Batu Caves.
SUASANA perayaan Deepavali di kuil Sri Subramaniy­ar Swamy, Batu Caves.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia