Harian Metro

Motosikal ‘melekat’ di kereta

- Mohd Hilmie Hussin mohdhilmie@hmetro.com.my

 Penunggang maut, pembonceng parah rempuh kenderaan di lorong kecemasan

Penunggang motosikal maut manakala pembonceng parah selepas motosikal Yamaha 135LC mereka merempuh belakang sebuah Perodua Axia yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 218, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, di sini, jam 12.15 tengah hari, semalam.

Penunggang, Mohamad Fitri Soknan, 20, pekerja kilang dan pembonceng yang parah, Nursafira Mohd Nasir, 18, tercampak daripada motosikal mereka sejurus melanggar belakang Perodua Axia dinaiki empat sekeluarga.

Pemandu Perodua Axia, Muhamad Asyraf Mansor, 24, berkata, dia bersama ibu dan dua adik bertolak dari rumah mereka di Rawang, Selangor menuju Ayer Keroh kerana mahu bercuti di negeri ini.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kemalangan, kereta dipandu di lorong tengah ketika itu meragam sebelum menyusur ke lorong kecemasan untuk memeriksa kerosakan.

“Saya rasa tak sedap hati apabila berasa kereta bergegar ketika menyusur ke lorong kecemasan untuk memeriksa kenderaan.

“Saya berhenti di lorong kecemasan tapi belum sempat keluar tiba-tiba kereta bergegar sebelum melihat sebuah motosikal ‘melekat’ pada Perodua Axia kami,” katanya ketika ditemui di lokasi kemalangan.

Katanya, dia terkedu selepas melihat penunggang tercampak di depan Perodua Axia dipandunya manakala pembonceng tercampak beberapa meter dari lokasi kemalangan.

Meskipun, perancanga­n untuk bercuti di Melaka terbantut akibat kemalangan itu, Muhamad Asyraf bersyukur kerana dia dan tiga ahli keluarga lain tidak mengalami kecederaan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Penguatkua­saan Trafik negeri Deputi Superinten­dan Mohd Sham Abdullah yang dihubungi berkata, penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan selepas pemeriksaa­n dijalankan pegawai perubatan.

Beliau berkata, pembonceng motosikal yang masih dirawat di Hospital Alor Gajah (HAG) pula dilaporkan patah kaki dan tangan kiri.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik HAG untuk di bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41, Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

“Polis akan ambil keterangan daripada pemandu Perodua Axia terbabit dan kedua-dua kenderaan ditahan sementara di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah untuk pemeriksaa­n,” katanya.

 ??  ?? LOKASI kemalangan maut di Kilometer 218, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, semalam.
LOKASI kemalangan maut di Kilometer 218, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, semalam.
 ??  ?? MOTOSIKAL mangsa yang ‘melekat’ pada kereta.
MOTOSIKAL mangsa yang ‘melekat’ pada kereta.
 ??  ?? MOHAMAD Fitri
MOHAMAD Fitri
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia