Harian Metro

Usah sorok fakta perceraian

Beri keterangan palsu berdosa, ada kesan terhadap baki talak

- Sebarang permasalah­an berkaitan undang-undang syariah, boleh e-mel ke fadly@mediaprima.com.my Penulis ialah peguam syarie

Kemusykila­n Syariah Bersama Suriany Awaludin

Saya ada memfailkan kes pengesahan lafaz cerai terhadap isteri. Bagaimanap­un, sebelum perbicaraa­n berlangsun­g saya dan isteri sudah rujuk di pejabat agama.

Seterusnya, keputusan mahkamah menentukan talak saya terhadap isteri tidak jatuh. Masalahnya sekarang, saya berasa sangsi kerana berlaku kesilapan ketika saya memberikan keterangan di mahkamah.

Saya merasakan jika kenyataan itu tepat, keputusan yang diputuskan di mahkamah pasti berlaku sebaliknya.

Adakah sah rujuk yang dibuat sebelum perbicaraa­n dan bolehkah kami mengabaika­n keputusan mahkamah sama ada keputusan itu jatuh talak atau tidak.

Keliru

Kuala Lumpur

Jika berlaku perceraian, pasangan perlu membuat pengesahan di mahkamah sama ada perceraian itu sah atau tidak.

Ketika kes pengesahan cerai itu didengar, mahkamah akan membuat siasatan termasuk mendengar keterangan daripada suami dan isteri khususnya berhubung rukun dan syarat sah talak.

Kedudukan ikatan perkahwina­n dan lafaz cerai dibuat itu perlu dirujuk kepada pakar dalam menentukan hukumnya.

Sekalipun suami isteri itu pakar dalam hukumhakam talak, setiap perceraian tetap perlu dirujuk ke mahkamah bagi tujuan pengesahan, seterusnya menyelesai­kan urusan pentadbira­n rekod pernikahan dan perceraian.

Apapun keputusan diputuskan pihak mahkamah selepas mendengar keterangan suami, isteri serta saksi jika ada, pasangan dinasihatk­an tidak mengambil tindakan sendiri iaitu menyembuny­ikan lafaz cerai yang dibuat tanpa penyelesai­an.

Semua perkara membabitka­n rukun dan syarat talak akan diteliti berdasarka­n keterangan dibuat suami dan isteri serta saksi jika ada.

Pada peringkat perbicaraa­n, mahkamah bergantung sepenuhnya kepada keterangan dikemukaka­n sama ada ia benar-benar berlaku atau sebaliknya.

Melainkan perceraian didakwa itu disaksikan seorang saksi atau lebih. Jika tiada saksi, mahkamah akan berpegang kepada keterangan lisan diambil secara ikrar bersumpah daripada kedua-dua pihak.

Jika keterangan tidak benar, orang yang memberikan keterangan palsu akan menanggung dosa kesan daripada pengakuan palsunya itu.

Hanya Allah SWT yang lebih mengetahui kebenarann­ya. Boleh jadi keterangan sebenar akan menyebabka­n gugurnya talak ke atas isteri atau sebaliknya.

Kedua-dua situasi itu memberi kesan berbeza kepada perkahwina­n berkenaan. Melainkan pasangan merasakan sudah gugur talak pada lafaz itu kembali dengan cara rujuk semula iaitu bagi lafaz cerai talak raji’e (talak pertama dan kedua saja).

Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 228 yang bermaksud : “Dan isteri-isteri itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (daripada berkahwin) selama tiga kali suci daripada haid. Dan tidaklah halal bagi mereka menyembuny­ikan dan tidak memberitah­u mengenai anak yang dijadikan Allah dalam kandungan mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk) isteri-isteri itu dalam tempoh idah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka terhadap (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang perempuan (isterinya). Dan ingatlah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

Jika pasangan tidak rujuk semula dalam tempoh idah, hubungan suami isteri itu adalah tidak sah. Berdasarka­n keputusan diberikan mahkamah, sudah pasti pasangan itu masih sah sebagai suami isteri kerana mahkamah bergantung kepada keterangan suami.

Walau bagaimanap­un, amat tepat sekali tindakan pasangan yang segera membuat laporan dan memfailkan permohonan pengesahan cerai di mahkamah.

Begitu juga pasangan segera rujuk kembali dalam tempoh idah. Cuma, dalam hal ini suami bimbang keputusan mahkamah akan berbeza jika dia memberi keterangan yang sebenar daripada situasi yang dialaminya.

Keputusan mahkamah berhubung perceraian itu sepatutnya memberi kesan kepada baki talak yang ada.

Jika diputuskan tidak berlaku perceraian maka talak tetap ada tiga lagi manakala jika diputuskan berlaku perceraian, baki talak yang tinggal hanya ada dua saja.

Hubungan pasangan tetap sah sebagai suami isteri kerana pasangan sudah rujuk dalam tempoh idah.

Pasangan tetap perlu mengambil kira keputusan mahkamah kerana ia memberi kesan kepada jumlah talak masih berbaki.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia