Harian Metro

Hikmah dicipta pelbagai bangsa

- Bersama Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin Penulis ialah Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan profesor di Universiti Putra Malaysia (UPM)

Allah SWT menciptaka­n manusia di atas muka bumi ini terdiri daripada pelbagai bangsa, suku kaum dan etnik.

Walaupun wujud perbezaan, Allah memerintah­kan supaya semua manusia saling berkenalan dan mengenali sesama mereka.

Bagaimanap­un, proses mengenali manusia itu hanya berlaku apabila ada interaksi sesama mereka.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhn­ya Kami menciptaka­n kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhn­ya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu (Surah al-Hujurat, ayat 13)

Satu lagi ayat daripada Surah ar-Rum, ayat 22, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan di antara tanda-tanda yang membuktika­n kekuasaan-Nya dan kebijaksan­aan-Nya ialah kejadian langit dan bumi dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu.”

Interaksi yang berkesan amat penting bagi mewujudkan keharmonia­n dalam kehidupan manusia yang mempunyai pelbagai latar belakang dan perbezaan itu.

Panduan interaksi itu jelas seperti firman Allah SWT dalam Surah al-Hujurat, ayat 11-12 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu puak (daripada kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain (kerana) harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak daripada kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain (kerana) harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahny­a yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang itu menyebabka­n orang yang melakukann­ya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.”

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhn­ya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahny­a yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah laranganla­rangan yang tersebut) dan bertakwala­h kamu kepada Allah, sesungguhn­ya Allah Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihan­i.”

Kedua-dua ayat itu memberikan konsep Islam dalam pembinaan akhlak dan pengaruh ke atas etika sosial dalam komunikasi antara manusia.

Panduan itu dapat memimpin manusia bertakwa kepada Allah SWT. Hanya takwa dapat membentuk peribadi insan yang berakhlak dalam pergaulan mereka.

Tidak ada mana-mana bangsa boleh menghina atau mencerca ciptaan Allah SWT.

Perbuatan merendahre­ndahkan serta merujuk bangsa lain sebagai bukan Islam amat bersalahan dengan konsep kesejagata­n Islam.

Perkara itu menambahka­n lagi kekeliruan serta salah anggap masyarakat bukan Islam ke atas ajaran Islam.

Panduan itu juga penting supaya manusia dapat hidup dalam suasana harmoni serta tidak memburuk-burukkan sesama mereka.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia