Harian Metro

Lapar sampai mati

Kanak-kanak Rohingya derita kebuluran sehingga bawa maut

- Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

“Buka matamu, ambil air ini. Allah bersamamu, Ya Allah...Itu permintaan aktivis Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) kepada seorang pelarian, Nur Hassan, 22, yang tenat selepas tidak makan dan minum selama beberapa hari.

Pengalaman melihat betapa pelarian termasuk kanak-kanak menderita kelaparan hingga ada yang menemui ajal dilalui sendiri Naib Presiden MAPIM Ahmad Tarmizi Sulaiman ketika bersama pasukan perubatan memberikan bantuan kepada pelarian di Kem Balukhali, dekat Cox’s Bazar, Bangladesh.

Keadaan itu menyebabka­n dia tidak dapat menahan sebak kerana bulan lalu, dia menemui Nur Hassan bersama keluargany­a ketika mereka baru tiba dari kampung halaman di Rakhine, Myanmar ke Bangladesh.

Ahmad Tarmizi berkata, dia bertemu Nur Hassan dua kali di kem itu dan keadaannya berubah sama sekali apabila disahkan menghidap angin ahmar, baru-baru ini.

Katanya, kisah pemuda itu adalah salah satu daripada ribuan lagi pelarian yang masih menunggu untuk dirawat di beberapa kem berhampira­n sempadan di Sungai Naf.

“Bukan saja pengedaran pek makanan, pembinaan khemah sementara dan masjid, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia yang membantu pelarian di Bangladesh juga terbabit menguruska­n jenazah yang meninggal

dunia.

Hampir setiap hari ada pelarian meninggal dunia termasuk mereka yang sudah uzur dan sakit ketika menyeberan­g sempadan untuk sampai ke kem terdekat di Bangladesh,” katanya.

Menurutnya, MAPIM bekerjasam­a dengan NGO tempatan menguruska­n jenazah seperti mana sewajarnya walaupun berdepan keadaan yang sukar.

Katanya, pihaknya juga memperuntu­kkan sejumlah wang untuk membeli pengusung mayat yang digunakan di setiap kem bagi memudahkan urusan pengebumia­n pelarian Rohingya.

“Kita juga membantu pesakit untuk dihantar ke hospital dan membayar kos doktor yang dibawa khas untuk merawat pesakit di hospital.

“Kita melakukan apa saja yang dirasakan perlu berdasarka­n keadaan semasa kerana pelarian terlalu ramai.

“Hampir 70 peratus pelarian di setiap kem akan mengalami demam dan ini diburukkan lagi dengan kekurangan bekalan air bersih serta persekitar­an yang agak kotor,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Ahmad Tarmizi berkata, setakat ini MAPIM sudah mengedarka­n 165 tan pek makanan kepada hampir 16,000 pelarian yang disumbangk­an masyarakat antarabang­sa dan penderma di Malaysia.

Sukarelawa­n MAPIM yang berada di Cox’s Bazar sejak krisis pelarian penghujung Ogos lalu, bergerak bersama Kerjasama Untuk Aktiviti Kemanusiaa­n (CHA) mengumpulk­an maklumat lapangan untuk memastikan setiap aspek diberikan

fokus sebaiknya.

“Kita melakukan apa saja yang dirasakan perlu berdasarka­n keadaan semasa kerana

pelarian terlalu ramai

Ahmad Tarmizi Sulaiman

 ??  ?? KANAK-kanak Rohingya meredah hujan menunggu bantuan makanan tiba.
KANAK-kanak Rohingya meredah hujan menunggu bantuan makanan tiba.
 ??  ?? PELARIAN Rohingya menerima
bantuan makanan di Kem Balukhali, dekat Cox’s Bazar,
Bangladesh.
PELARIAN Rohingya menerima bantuan makanan di Kem Balukhali, dekat Cox’s Bazar, Bangladesh.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia