Harian Metro

Kaji semula konsep BR1M

- Mohd Nasif Badruddin mnasif@hmetro.com.my

Struktur dan konsep bantuan secara langsung kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) perlu lebih jelas supaya ia berbeza dengan bantuan kebajikan masyarakat yang diterima setiap bulan untuk golongan miskin.

Setiausaha Kluster Ekonomi dan Pengurusan, Majlis Profesor Negara Prof Dr Asan Ali Golam Hassan berkata, BR1M seharusnya ke arah satu jaringan keselamata­n sosial untuk golongan terdedah kepada kemiskinan iaitu satu golongan yang tidak miskin tetapi mudah menjadi miskin akibat daripada faktor di luar kawalan mereka.

“Ia seperti pekerja tiba-tiba jatuh sakit dan berhenti kerja buat seketika, pesawah tidak mendapat hasil untuk musim tertentu kerana banjir, nelayan tiada hasil laut kerana tengkujuh atau pekerja diberhenti­kan kerana kilang ditutup dan lain-lain.

“Seharusnya golongan ini mendapat BR1M dalam tempoh mereka tidak mempunyai pendapatan bulanan.

“Maksudnya ia hanya bantuan bulanan sementara dan akan tamat selepas mereka kembali mendapat pendapatan bulanan,” katanya di sini, semalam.

Beliau yang juga Pensyarah Azman Hashim Internatio­nal Business School, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, dalam setiap masa, mungkin ada golongan terbabit yang terkeluar daripada senarai penerima BR1M dan ada antara mereka dimasukkan sebagai penerima BR1M.

Menurutnya, miskin terbahagi kepada dua iaitu golongan miskin yang tidak produktif dan miskin yang produktif.

“Miskin yang tidak produktif ini seperti orang kurang upaya (OKU), tua serta sakit dan golongan ini wajar dibantu dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat berbentuk elaun sara hidup bulanan.

“Golongan miskin yang produktif dibantu dengan elaun mengikuti latihan, kemahiran, pendidikan, peluang perniagaan kecil, bantuan modal seperti mikro kredit dan lain-lain,” katanya.

Katanya, jika orang miskin ia dibantu melalui elaun sara hidup atau elaun latihan bulanan dan bantuan modal seperti mikro kredit manakala BR1M sewajarnya khusus untuk membantu golongan terdedah kepada kemiskinan dalam tempoh mereka menjadi miskin kerana faktor di luar kawalan mereka.

 Jaringan keselamata­n sosial untuk golongan terdedah kepada kemiskinan

 ?? Prof Dr Asan Ali ?? Seharusnya golongan ini mendapat BR1M dalam tempoh mereka tidak mempunyai pendapatan bulanan”
Prof Dr Asan Ali Seharusnya golongan ini mendapat BR1M dalam tempoh mereka tidak mempunyai pendapatan bulanan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia