Harian Metro

Permudah bidang keusahawan­an

-

Kuala Lumpur: Cadangan kerajaan untuk menumpukan bidang keusahawan­an bagi mengurangk­an kos sara hidup rakyat dalam Bajet 2018 perlu diperhalus­i dan dipermudah­kan supaya ia memberi manfaat kepada golongan sasar.

Pengurus acara, Nor Azni Abdul Aziz, 40, berkata, kebanyakan skim bantuan sedia ada memerlukan syarat yang agak ketat menyebabka­n tidak ramai yang mendapat peluang sepatutnya.

“Ada antara borang permohonan sebelum ini memerlukan tandatanga­n orang politik, sedangkan ia tidak relevan dan mencukupi dengan pengesahan daripada ketua komuniti setempat seperti penghulu atau Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK).

“Tidak semua orang yang mahu berniaga mempunyai rekod kewangan konsisten kerana perniagaan ada pasang surutnya, jadi memadailah dengan aku janji atau kajian lapangan yang dilakukan pihak terbabit bagi memastikan pemohon benar-benar memiliki produk atau premis,” katanya.

Akhbar semalam melaporkan, Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, bajet kali ini akan lebih tertumpu kepada kesejahter­aan rakyat dalam berdepan kos sara diri dan cara mengekalka­n pertumbuha­n ekonomi negara.

Katanya, antara agenda utama bajet kali ini ialah keusahawan­an dengan kerajaan akan majukan syarikat pemula niaga baru, industri kecil dan sederhana dan banyak lagi.

Sementara itu, pensyarah, Mohd Husni Abd Halid, 30, berkata, keadaan ekonomi dunia yang masih tidak stabil menyebabka­n ramai graduan menganggur dan keusahawan­an menjadi antara platform terbaik untuk mereka mencari rezeki.

Katanya, kerajaan perlu mewujudkan skim khas keusahawan­an kepada graduan bagi menarik minat mereka berniaga sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia