Harian Metro

Siasat segera

- Hamzah Osman am@hmetro.com.my

 Video tular lelaki mengaku tok guru persoal syariat Islam, syahadah, wajar dibendung

Pelbagai pihak bersetuju supaya tindakan segera diambil terhadap pemuda yang mengaku ‘tok guru’ dan pengasas satu ajaran di Pulau Dayang Bunting, di sini.

Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad berkata, beliau mengetahui perkara itu selepas menonton video berdurasi kira-kira enam minit yang dimuat naik ke laman sosial Facebook dan turut tular secara meluas dalam aplikasi WhatsApp.

“Saya terkejut apabila menontonny­a (video) dalam Facebook, apatah lagi perkara itu dilaporkan berlaku di sebuah kampung di Pulau Dayang Bunting yang, termasuk dalam kepulauan Langkawi.

“Saya bersetuju langkah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) yang dilaporkan sudah mengarahka­n Pejabat Agama Daerah Langkawi (PADL) melakukan siasatan berhubung perkara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penularan video yang memaparkan seorang lelaki mengaku sebagai tok guru sambil mempersoal­kan mengenai kewujudan Allah SWT, syahadat serta rukun solat.

Nawawi berkata, tindakan individu terbabit yang memuat naik video dengan nada mencabar tokoh agama dan mempersoal­kan syariat Islam dilihat sebagai sesuatu yang berada di luar norma sebagai seorang Islam. “Perkembang­an ini eloklah dibendung dan bersetuju PADL melakukan siasatan segera kerana penduduk tempatan sedang menanti tindakan pihak berkuasa terhadap isu ini,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Nor Saidi Nanyan, ketika dihubungi turut bersetuju langkah JHEAIK menyiasat dan mengambil tindakan terhadap individu yang mencetuska­n kegusaran berkaitan isu agama kepada penduduk tempatan.

Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Teluk Bujur, Marzuki Yaakob, berkata arahan Pengarah JHEAIK, Datuk Abdul Rahman Ismail supaya siasatan dibuat terhadap individu terbabit memang dinantikan orang ramai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia