Harian Metro

Pelawat teruja wajah baru Pusat Sains Negara

-

Kuala Lumpur: Pusat Sains Negara (PSN), semalam dikunjungi ratusan pelawat daripada pelbagai bangsa dan agama sempena cuti sambutan perayaan Deepavali.

PSN menampilka­n sedikit perubahan dengan wajah baru pada bumbung utamanya selepas ia ditutup sementara selama dua tahun bagi tujuan pengubahsu­aian.

Tinjaun Harian Metro mendapati rata-rata pengunjung membawa ahli keluarga melawat tempat pelanconga­n di sekitar Lembah Klang sempena cuti perayaan berkenaan.

Pengunjung, Yuslan Yusuf, 41, membawa isteri Noresah Mansur, 37, bersama tiga cahaya mata dari Shah Alam untuk melihat tarikan terbaru yang diperkenal­kan di PSN.

Katanya, kewujudan PSN banyak memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengenali pelbagai ilmu sains dan teknologi yang tidak hanya dipelajari di sekolah.

“Anak-anak saya teruja untuk mengenali alam sekitar dengan lebih dekat selepas berpeluang mempelajar­inya secara teknikal di sini.

“Pendedahan awal sebegini pasti membantu merangsang minda dan saya tidak teragak-agak untuk datang sekali lagi,” katanya.

Bagi pasangan Azlila

Ahamad, 38, dan suaminya, Nizam Abdul Rahman, 40, juga tidak sabar mengunjung­i pusat ilmu ini, apatah lagi ketika ini pelbagai program menarik sedang berlangsun­g.

Kata Azlila, dia dan keluarga pernah berkunjung sebelum ini namun hanya melawat kawasan taman di luar PSN.

“Anak-anak teruja untuk menghabisk­an masa dengan pelbagai permainan sains dan ingin meneroka aktiviti dan pameran baru yang diperkenal­kan,” katanya.

Pengunjung berpeluang melihat dan mencuba pelbagai aktiviti dan pameran seperti Survive the Bunker, I-Rays,

Laser Tag dan aktiviti luar iaitu Flying Fox dan Nature Secret Lab.

Buat masa ini, PSN hanya mengenakan bayaran untuk pameran tertentu saja dan ia dibuka dari jam 9 pagi sehingga 5 petang.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi kaunter perkhidmat­an awam di 03-20893400.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia