Harian Metro

Alih bangkai elak cemar sungai

-

Melaka: Bangkai pesawat ringan GT500 Microlite yang tenggelam di dasar Sungai Mati, sempadan Melaka dan Johor selepas terhempas Sabtu lalu, dijangka dialihkan dalam tempoh dua minggu lagi.

Pengerusi Aerodome Sungai Rambai Datuk Hasan Abd Rahman berkata, walaupun hasil laporan siasatan dijalankan Jabatan Penerbanga­n Awam (DCA) belum diperoleh, bangkai pesawat itu perlu dialihkan segera.

Hasan yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian dan Pembanguna­n Usahawan negeri berkata, jika dibiarkan di dasar sungai berkenaan dalam tempoh lebih lama, bangkai pesawat ringan terbabit dikhuatiri mengganggu ekosistem sungai yang berpotensi dimajukan sebagai kawasan riadah dan agropelanc­ongan.

“Tindakan ini (mengalihka­n bangkai pesawat) bertujuan membantu DCA menjalanka­n siasatan terperinci selain mengelak kehadiran bangkai pesawat mengganggu ekosistem serta habitat di sungai itu.

“Saya akan maklumkan tarikh kerja mengalihka­n bangkai pesawat ringan itu, namun saya jangka selewat-lewatnya dua minggu lagi,” katanya di Rumah Terbuka Deepavali di kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek Datuk M S Mahadevan di Paya Rumput, di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya sedia berhubung dengan keluarga mangsa yang juga pemilik pesawat serta koordinato­rnya diminta menguruska­n proses mengalihka­n bangkai pesawat ringan terbabit.

Menurut Hasan, operasi di Aerodome Sungai Rambai yang dihentikan serta-merta Sabtu lalu susulan kejadian pesawat terhempas itu disambung semula dan berjalan seperti biasa bermula kelmarin.

Harian Metro Ahad lalu melaporkan, seorang juruterban­g maut manakala pembantuny­a cedera selepas pesawat ringan GT500 terhempas ketika melakukan penerbanga­n di Aerodome Sungai Rambai, jam 11.30 pagi, Sabtu lalu.

 ??  ?? HASAN
HASAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia